suria

Aqo Imran pun dah mengaku salah, Razman Razmi harap kes dipukul jurugambar jadi pengajaran

Rizman dan Razmi enggan fikir lagi kes dipukul Aqo pada Januari lalu.

BERSYUKUR kes dipukul jurugambar sudah selesai, pereka fesyen Razman dan Razmi berharap insiden tersebut memberikan pengajaran kepada semua pihak.

Menurut Razman, 53, mereka enggan lagi memanjangkan isu itu tambahan pula jurugambar berkenaan iaitu Aqo Imran sudah membuat pengakuan bersalah di mahkamah.

"Alhamdulillah kami bersyukur kes yang berlaku sebelum ini sudah selesai. Dia (Aqo) pun dah mengaku bersalah di mahkamah dan sudah  membayar denda.

Razman (kanan) dan Razmi (kiri) syukur kes bersama Aqo sudah selesai.

"Jadi kami tak mahu panjangkan cerita, saya rasa ambil yang jernih dan jadikan pengajaran," kata Razman kepada mStar.

Razman memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis Jalinan kasih Aidilfitri Perjati 2025 bertempat di Dewan D' Tasik Sri rampai, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, Razman memberitahu kejadian yang berlaku sebelum ini disebabkan salah faham di antara mereka bertiga.

"Apa yang jadi sebelum ini saya anggap sebagai salah faham sebab ia berlaku secara spontan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes dah selesai, Aqo Imran reda dan mengaku salah 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Razman Razmi kena serang pemuda dianggap adik... Hutang RM20 ribu jadi punca tapi dah bayar sedikit demi sedikit

"Mungkin waktu itu dia ada masalah yang kita sendiri tak tahu sehingga dia bertindak sedemikian.

"Saya juga tak nak doakan perkara buruk buat dia dan saya percaya dengan rezeki yang Allah sudah tentukan," jelasnya. 

Razman bagaimanapun berharap Aqo menjadikan insiden itu sebagai pengajaran dan tidak melakukan perkara sama terhadap orang lain pada masa hadapan.

"Benda dah berlaku biarkan berlaku, saya doakan yang terbaik untuk dia.

Alhamdulillah kami bersyukur kes yang berlaku sebelum ini sudah selesai. Dia (Aqo) pun dah mengaku bersalah di mahkamah dan sudah  membayar denda.

RAZMAN

PEREKA FESYEN

"Harap dia ingat, kalau dia buat macam kami ini kepada orang lain, mungkin orang itu tak boleh lupa sehingga akhir hayat," ujarnya.

Dalam satu  temubual dengan mStar, Aqo berkata dia mengaku bersalah terhadap kekasarannya yang dilakukan terhadap Razman dan Razmi. Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor.

Malah Aqo juga sudah membayar denda yang dikenakan atas pengakuan bersalah itu.

Razman dan Razmi selaku penasaihat persatuan Perjati.

Pada 8 Januari lalu, Razman dan Razmi diserang oleh Aqo sehingga mengalami kecederaan pada bahagian pipi akibat dipukul menggunakan kamera milik jurugambar berkenaan.

Menurut laporan, Aqo atau nama sebenarnya Muhammad Imran Khairil bertindak di luar kawalan kerana isu wang RM20,000 berkaitan penjualan kereta yang dibuat Razman dan Razmi kononnya belum dijelaskan sepenuhnya. 

Kejadian itu berlaku pada acara karpet merah Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain