suria

Konflik India dan Pakistan, Amar Baharin terpaksa tukar laluan misi kayuhan ke Tanah Suci

Amar bersangka baik dengan ujian yang diterima sebelum misi kayuhan bermula.

KONFLIK sedang berlaku di antara negara India dan Pakistan menyebabkan pelakon Amar Baharin terpaksa menukar laluan perjalanan bagi misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah.

Menurut Amar atau Amar Mohd Baharin, 40, situasi semasa yang kurang selamat menyebabkan mereka terpaksa mengubah laluan tidak seperti dirancang.

“Allah sebaik-baik perancang… Kami dimaklumkan oleh High Commission of Malaysia di New Delhi, keadaan di India dan Pakistan adalah tidak selamat untuk dilalui buat misi #JourneyToTanahHaram .

Kenyataan Amar di Instagram miliknya.

“Sehubungan dengan itu, kami terpaksa ‘reroute’ misi ini atas faktor keselamatan. 

“Route yang terbaru akan dimaklumkan kemudian,” katanya menerusi satu kenyataan di Instagram miliknya pada pagi Jumaat.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan urusan Amar dipermudahkan dan berharap misi tersebut dapat direalisasikan.

“Ya Allah permudahkan urusan Amar dan pasukan, semoga segalanya dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli menangis kenang misi berbasikal Amar Baharin, tiba-tiba rasa tak kuat 

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuh basikal 8,000 kilometer ke Makkah, isteri dan anak-anak tunggu Amar Baharin di Tanah Suci

“Simpan nombor telefon kedutaaan yang dilalui, serba sedikit akan membantu kemudian hari.

“Idea bagus untuk tukar laluan, misi tetap kena teruskan dan semoga urusan Amar dipermudahkan,” tulis netizen.

Sebelum ini, Amar memaklumkan dia menyertai misi kayuhan ke Makkah sejauh 8,000 kilometer bermula 27 April ini.

Amar bersama Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Aktor itu akan mengayuh bersama rakannya yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Pasangan duo itu dijangka memulakan kayuhan dari Perlis sebelum merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi.

Mereka dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain