suria

Bangun tidur pun cantik… Peminat puji wajah Luna Maya tanpa mekap

Foto bangun tidur Luna tanpa secalit mekap raih perhatian netizen.

TINGGAL beberapa minggu sahaja lagi pelakon Luna Maya bakal mengakhiri zaman bujang dengan pilihan hatinya iaitu usahawan Maxime Bouttier. 

Meskipun sibuk melakukan persiapan majlis nikah, Luna atau Luna Maya Sugeng, 41, tetap aktif memuat naik foto di Instagram termasuk berkongsi wajah semasa bangun tidur. 

“Waktu pagi dengan sedikit tambahan cahaya. Tiada suntingan, tidak yang menganggu,” ujarnya. 

Luna dipuji miliki kecantikan semula jadi.

Luna dipuji miliki kecantikan semula jadi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat wajah pelakon filem Sumala itu tanpa mengenakan secalit mekap. 

Ramai yang memuji penampilan polos Luna yang dikatakan memiliki kecantikan semula jadi.

“Kamu bangun tidur seperti itu? Cantik sangat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kad undangan perkahwinan tersebar, Luna Maya nikah 7 Mei di Bali

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya pilih kunci mulut, enggan komen bakal nikah Maxime Bouttier

“Tanpa filter pun sudah secantik ini, natural beauty. 

“Menjelang hari bahagia makin berseri-seri wajah Luna,” tulis netizen. 

Sebelum ini, kad undangan penikahan tertulis nama Luna dan Maxime mula tersebar namun tiada sebarang kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak.

Menerusi maklumat berkenaan mereka akan bernikah pada 7 Mei ini di Ubud, Bali.

Luna sebelum ini berkongsi khabar gembira dilamar Maxime ketika mereka berada di Jepun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain