PELAKON dan penyanyi Abby Abadi nampaknya secara berterusan membuka kisah rumah tangga yang pernah dilalui dalam perkahwinan terdahulu.
Malah dalam satu perkongsian, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, memberi bayangan seolah-olah pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga akibat perbuatan suami sendiri.
"Nak tahu tak adik awak itu pernah pukul saya setengah mati. Bila tengok berdarah teruk, bawa pergi klinik. Beritahu doktor katanya kemalangan.
Perkongsian Abby di Thread.
"Ada tak saya buat laporan polis? Tiada... sebab jaga aib suami kononnya masa itu. Kalau buat laporan merasa juga duduk dalam penjara," katanya.
Abby menulis perkara itu dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Thread miliknya pada Sabtu.
Dia meluahkan perkara tersebut dipercayai susulan bebarapa anggota keluarga bekas suami cuba campur tangan apabila pernah mempersoalkan isu nafkah selepas bercerai.
ARTIKEL BERKAITAN: Silap terlalu berlembut, Abby Abadi kecewa dengan bekas suami berhubung isu anak
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi dedah sebab suami tampar Aslam, Marissa masih bawah umur
Dia juga menyebut tidak pernah menerima duit hantaran ketika berkahwin sebelum ini.
"Duit hantaran janji pun tak pernah beri. Masa kahwin dahulu pun mana ada duit sangat. Duit belanja pakai apa yang ada. Tiada siapa yang taja.
"Semuanya tak pernah pun saya dapat balik selepas bercerai," jelasnya.
Abby semakin terbuka berkongsi kisah lama di media sosial.
Dalam satu perkongsian berkenaan, dia juga menyeru pengikut media sosial untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati kepada bekas suaminya iaitu pelakon Norman Hakim.
Tindakannya itu dilihat bagaikan sudah hilang sabar kerana sebelum ini Abby tidak pernah menyebut nama Norman apabila berkongsi kisah silam.
"Ketua netizen seluruh Malaysia, tolong saya. Saya perlukan ada semua. Tolong gegar Norman Hakim tu," luahnya.
Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!