suria

Impian Rika Riana nyanyi lagu Ajai akhirnya tercapai, ‘Harus Begini Jadinya’ banyak main emosi

Rika lancar single berjudul Harus Begini Jadinya ciptaan Ajai.

IMPIAN penyanyi Rika Riana untuk bekerjasama dengan komposer Ajai akhirnya tercapai selepas terhasilnya lagu berjudul Harus Begini Jadinya. 

Rika, 25, berkata, sejak dahulu lagi dia teringin untuk menyanyikan lagu ciptaan Ajai kerana membesar dengan hasil karya komposer berkenaan. 

“Ajai sangat teliti dan tahu bagaimana mahu mencungkil emosi yang tepat untuk mengalunkan lirik. Sepanjang sesi rakaman, saya belajar banyak tentang penghayatan dan juga seni dalam penyampaian. 

Impian bekerjasama bersama komposer Ajai akhirnya terlaksana.

Impian bekerjasama bersama komposer Ajai akhirnya terlaksana.

“Beliau profesional dan memudahkan banyak perkara sepanjang kami bekerjasama. Itu kenangan paling manis untuk saya,” katanya. 

Dalam pada itu, Rika yang juga merupakan peserta program Mentor Millenia 2019 ini memberitahu tidak mudah baginya untuk merakamkan lagu tersebut kerana perlu bermain dengan emosi. 

Jelas Rika lagi, apa yang dipersembahkan dalam karya ini merupakan sebuah perjalanan rasa yang harus dihadapi sepanjang proses rakaman. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu anak jadi penyanyi hebat, Shuib rujuk Ajai hala tuju Talita

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Bukit Bintang ke Singapura! Talita dijemput sertai konsert ‘By Ajai and Mega Friends’

“Benar, Harus Begini Jadinya terletak pada kekuatan emosi yang mendalam berlandaskan kepada kejujuran bait kata-kata yang tersemat di dalamnya.

“Lagu ini sangat dekat di hati sebab ia menggambarkan perasaan reda dengan sebuah kehilangan. Meskipun kita mempertahankan sesuatu, jika bukan milik kita ia harus dilepaskan,” ujarnya. 

Bercerita mengenai video muzik (MV), Rika menganggap proses tersebut merupakan cabaran besar kerana terpaksa mengubah lokasi akibat cuaca hujan. 

Mengikut perancangan awal, MV lagu berkenaan sepatutnya dirakamkan di ruang terbuka, namun pihak produksi mengubah ke lokasi tertutup mengikut kesesuaian semasa. 

“Walaupun muzik video ini hanya berlatar di bilik dan ruang tamu, ia membawa naratif visual yang senyap tapi mendalam. 

MV Harus Begini Jadinya boleh ditonton menerusi saluran YouTube Indigital Music.

MV Harus Begini Jadinya boleh ditonton menerusi saluran YouTube Indigital Music.

“Setiap babak dirakam dengan elemen kesederhanaan untuk menggambarkan rasa kekosongan dan proses penerimaan selepas kehilangan,” katanya. 

Untuk info, Harus Begini Jadinya merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan oleh Indigital Music. 

Lagu ini juga dilancarkan secara rasmi disemua platform digital mulai 18 April. MV pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain