suria

Aliff Syukri mengalah, pertemuan tak sengaja dengan Bonda Rozita jernihkan kembali hubungan

Aliff dan Rozita saling bermaafan.

ENGGAN memanjangkan lagi konflik yang berlaku dalam keluarga, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dilihat kembali menjernihkan hubungannya dengan ibu iaitu Bonda Rozita.

Menurut Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, sebagai anak dia memilih untuk mengalah selepas mereka bertemu tanpa sengaja di majlis sukan sekolah anak dan adiknya.

"Tak salah kalau kita mengalah. Sudah lama tak berjumpa dengan Bonda sejak isu hangat ini. Saya memilih untuk berdiam dan tidak berjumpa. 

Aliff mencium pipi Rozita.

"Lagipun tak ganggu orang tengah darah manis. Tapi percaturan Allah itu besar, hari ini dengan izin Allah kami berjumpa di majlis sukan sekolah anak saya.

"Kebetulan adik saya juga bersekolah di sekolah yang sama dengan anak-anak saya. Tak akan saya nak lari kot jumpa mak saya," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram yang turut memaparkan beberapa foto mesranya bersama Rozita.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dingin, Aliff Syukri tetap doakan kebahagiaan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada keperluan minta maaf, Shahida anggap Rebecca sengaja buka ruang kecaman keluarga

Menurut Aliff, pertemuan tidak terduga itu sekali gus menjadi ruang untuk mereka menyelesaikan segala isu berbangkit.

Dia juga bersyukur dengan berkat kesabaran masing-masing membuatkan konflik berkenaan tidak berpanjangan.

"Saya mengalah, pertemuan ini merungkai segalanya dan segala emosi sudah dibuang ketepi. Kri (panggilan Aliff) dan anak-anak lain sayang mak sampai bila-bila. 

Aliff Syukur semuanya sudah pulih.

"Mana ada keluarga yang bahagia sahaja kita sebagai anak sebenarnya kena banyak mengalah kena banyak bersabar. Kena banyak berdiam Alhamdulillah ada manis di penghujungnya.  

"Terima kasih doa kalian yang sentiasa mendoakan keluarga kami bahagia. Saya hargai sangat," luahnya.

Sebelum ini, keluarga Aliff saling berbalas kenyataan di media sosial selepas berlaku isu berbangkit diantara mereka.

Ia ekoran selepas Rozita mengumumkan kembali berumah tangga bersama seorang usahawan yang juga merupakan abang kepada pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain