PELAKON Avaa Vanja tidak pernah menghalang cita-cita anak perempuannya iaitu Maleena yang menunjukkan minat dalam bidang peragaan walaupun baru berusia 13 tahun.
Avaa atau Avaa Vanja Mohamad Ramli, 45, berkata, dia akan menyokong minat Maleena kerana merasakan ia keputusan terbaik.
“Setelah memikirkannya, melihat anak perempuan saya membesar menjadi dirinya sendiri, saya sedar bahawa memberikan sokongan terhadap apa dia suka adalah keputusan terbaik.
Avaa (kanan) sentiasa memberikan sokongan terhadap minat anaknya.
“Selepas berbincang dengan teman rapat, mungkin sudah tiba masanya saya biarkan dia mengambil langkah pertama itu,” katanya.
Avaa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, Avaa turut meletakkan kepercayaan terhadap anaknya itu kerana yakin ini merupakan langkah pertama Maleena untuk bersinar dalam bidang peragaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Avaa Vanja didekati ‘Mat Salih’ sejak cerai, ada sebab cari lelaki Melayu sebagai calon suami
ARTIKEL BERKAITAN: Kekal istiqamah ‘perang’ dalaman, Avaa Vanja pernah terdetik buka hijab
“Memberikan dia sokongan atas minat yang dia ingin lakukan, mungkin juga dia akan bersinar (berjaya) dalam bidang peragaan.
“Dia baru 13 tahun tetapi mungkin ini permulaan yang baik untuknya,” ujarnya.
Untuk rekod, Avaa pernah mendirikan rumah tangga dengan Amil Sulaiman pada 2011 namun mereka bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maleena yang kini berusia 13 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube