suria

Zehra Zambri idam rakam lagu tradisional, intai kerjasama dengan Hael Husaini dan Aisha Retno

Zehra mahu membuat comeback dengan lagu irama tradisional.

PENYANYI Zehra Zambri menyimpan hasrat untuk kembali merakamkan lagu genre irama tradisional jika diberi peluang berbuat demikian.

Apatah lagi kata Zehra, 38, komposer Allahyarham Pak Ngah Suhaimi pernah memujinya mempunyai bakat menyanyikan lagu-lagu tradisional.

Disebakan itu juga, dia mempunyai rasa tanggungjawab meneruskan legasi genre berkenaan yang ditinggalkan Pak Ngah.

“Ketika berusia 11 tahun, saya di bawah Persatuan Artis Muda Panggung Negara dan Pak Ngah pilih saya sebagai penyanyi utama dalam sebuah persembahan teater. 

Bakat nyanyian Zehra pernah mendapat pujian Allahyarham Pak Ngah.

“Pak Ngah cakap saya ada bakat menyanyikan lagu-lagu tradisional dan perlu pertahankannya. 

“Saya kira itu satu wasiat agaknya dan mahu terus perjuangkan lagu-lagu tradisional,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zehra memberitahu dia pernah merakamkan sebuah lagu ciptaan arwah berjudul Semalakama.

Pak Ngah cakap saya ada bakat menyanyikan lagu-lagu tradisional dan perlu pertahankannya.

ZEHRA ZAMBRI 

PENYANYI

Malah kata Zehra, lagu itu pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-21 (AJL21) 20 tahun lalu. 

“Kalau ikutkan pembabitan saya dalam dunia seni ini, saya keluar dengan album pop. Saya ada sebuah lagu tradisional sahaja ciptaan Pak Ngah. 

“Tetapi disebabkan lagu itu masuk AJL, orang cop saya sebagai penyanyi tradisional.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi tak jejaskan kerjaya, Zehra Zambri pertahan sebab wanita fail cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Zehra Zambri tutup aib suami, tidak lagi tinggal sebumbung

“Jadi saya rasa, bila buat ‘comeback’ ini saya harus meneruskan perjuangan sebagai penyanyi lagu asli tradisional," ujarnya.

Zehra bagaimanapun mahu mencari kelainan dengan menghasilkan lagu yang mampu menarik pendengar di semua peringkat usia.

Antara komposer muda yang menjadi perhatiannya termasuk Hael Hussaini dan Aisha Retno. 

“Kalau boleh saya nak keluarkan single yang memberikan impak, bukan sekadar buat lagu saja-saja," katanya.

Zehra mahu menggembalikan era kegemilangan lagu irama tradisional.

Dalam perkembangan lain, Zehra bakal membuat persembahan di Konsert Tradisional 'Simfoni Budaya II' Di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang berlangsung pada 5 Julai ini.

Konsert tersebut akan dibarisi gabungan artis veteran dan generasi baharu termasuk Datuk Andre Goh, Hazra Dollah, Danial Chuer dan Rojer Kajol.

Dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose, Konsert Simfoni Budaya II ini menyaksikan rangkuman tradisi muzik yang mengangkat irama keroncong dan ghazal ke peringkat lebih tinggi melalui gubahan orkestra.

Peminat boleh mendapatkan tiket konsert dengan harga bermula RM179 hingga RM449.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain