SENTIASA mengutamakan diri sendiri menjadi prinsip Shweta Sekhon dalam mengharungi cabaran sebagai seorang pelakon dan ratu cantik.
Shweta atau Shetajeet Kaur Sekhon, 28, berkata, harga diri adalah perkara paling utama sekiranya ingin dihormati oleh orang lain.
“Tidak kisah siapa kita, sebagai manusia terutamanya wanita kita kena utamakan harga diri.
Shweta ada prinsip hidup yang dipegang.
“Jika tidak menjaga perkara itu percayalah tiada siapa akan menghargai kita. Itu prinsip yang saya pegang dalam hidup,” katanya kepada mStar.
Berkongsi pengalaman sepanjang membabitkan diri dalam dunia lakonan, Shweta tidak pernah lagi berdepan perkara buruk atau ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadapnya.
Shweta juga bersyukur kerana sering bertemu dengan rakan sekerja yang tahu menjaga batas dan pergaulan di tempat kerja.
“Setakat ini kebanyakan lelaki saya jumpa tahu menjaga batas dalam pergaulan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak fasih bertutur bahasa Punjabi, Shweta Sekhon terpaksa belajar semula demi ‘Keluang Man’
ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia menang 'Kostum Kebangsaan Terbaik' Miss Universe 2019
“Cuma kadang-kadang orang salah faham apabila ada lelaki cuba berbuat baik, kita selalu ingat mereka ada niat lain.
“Setakat ini saya tidak pernah diganggu, mereka semua baik. Ramai hendak beri tunjuk ajar sebab saya orang baru," ujarnya.
Dalam pada itu, Shweta memberitahu dia bukan inidvidu yang menutup periuk nasi sendiri dengan mencari masalah di tempat kerja.
Dia yang tidak suka terlibat dalam kontroversi juga memberitahu mempunyai cara tersendiri untuk mengelak kejadian seperti itu berlaku.
Shweta jaga tempat mencari rezeki dengan baik.
Katanya dia lebih selesa untuk segera pulang sebaik sahaja selesai tugasnya sebagai pelakon di set penggambaran.
"Saya bukan orang yang suka buat hal ditempat saya mencari rezeki kerana tempat ini bukan semua orang boleh dapat.
"Saya sendiri pun kalau sudah habis kerja tidak akan lepak terlalu lama, saya akan balik dan berehat kerana lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube