suria

Lebihkan sayuran dan protein diet cara Mierul Aiman, kadang-kadang sahaja ‘cheat day’

Mierul mengamalkan diet seimbang bagi mengekalkan bentuk tubuh.

AMALAN pengambilan pemakanan seimbang rahsia pelakon Mierul Aiman mengekalkan tubuh badan ideal.

Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, berkata, selain sayur-sayuran, dia juga melebihkan protein berbanding karbohidrat dalam dietnya.

Malah Mierul juga akan melakukan aktiviti bersenam di gim secara berkala untuk meningkatkan tenaga.

Mierul turut melakukan aktiviti bersenam di gim secara berkala.

"Untuk kekalkan bentuk badan ideal ini pemakanan adalah perkara paling utama saya titik beratkan.

"Keutamaan saya dalam diet kena banyak sayur-sayuran serta saya lebihkan protein berbanding karbohidrat.

"Saya juga melakukan beberapa aktiviti senaman secara berkala sebab bukan hari-hari saya ke gim," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Mierul Aiman bukan jenis fanatik, pandai jaga batasan jika bertemu

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang badan dalam drama, Mierul Aiman sanggup buka baju kerana tuntutan skrip

Berkongsi lanjut, Mierul memberitahu diet dilakukannya bukanlah terlalu ketat sehingga tidak boleh menikmati makanan kegemarannya. 

Sebaliknya ada hari pelakon itu akan 'cheat day' untuk menikmati juadah makanan tanpa memikirkan diet sedang dilakukan.

"Bukan setiap masa saya amalkan pemakanan sihat ini, kadang-kadang saya 'cheat day' juga.

"Ada hari saya rasa nak makan nasi lemak, saya makan sahaja," ujarnya.

Mierul (paling kiri) bakal tampil dalam drama Anak-Anak Mafia.

Dalam perkembangan lain, Mierul bakal tampil dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Anak-Anak Mafia.

Drama 10 episod itu bakal ditayangkan menerusi platform penstriman Tonton pada 12 Jun ini.

Selain Mierul, pelakon lain yang berlakon dalam drama berkenaan ialah Fitri Farok, Scha Elinnea, Fariz Isqandar dan Zhen Ning.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain