MENGUBATI rindu peminat, Aina Abdul muncul dengan lagu terbaharu berjudul Arah Cinta Sejati duet bersama penyanyi Indonesia, Fadhilah Intan.
Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, karya ini juga diharapkan dapat membuka ruang untuk dia terus melebarkan sayap kerjaya seni ke negara jiran.
"Arah Cinta Sejati ini akan menjadi rangkaian karya saya yang berikutnya.
Pertemuan pertama Aina bersama Hendro.
"Sudah lama saya tidak keluarkan lagu, ramai peminat saya bertanya-tanya bila saya akan keluarkan lagu baru. Saya harap ini juga membuka lebih banyak pintu ke industri musik Indonesia," katanya.
Ini merupakan kali kedua Aina berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia selepas lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu bersama Fabio Asher.
Arah Cinta Sejati dihasilkan oleh komposer daripada Indonesia iaitu Hendro Djasmoro yang sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk berkolaborasi bersama Aina.
ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul hormat pendapat Man Bai, belum putus asa gubah ‘killer song’
ARTIKEL BERKAITAN: Jasa dalam bidang seni melebihi segala-galanya, Aina Abdul anggap Siti Nurhaliza layak bergelar Biduanita Negara
Kagum akan bakat yang dimiliki Aina, dia tidak berfikir panjang apabila dihubungi untuk menjalinkan kerjasama.
"Projek ini sangat tidak dirancang namun semuanya berjalan dengan lancar.
"Tak sangka mereka berdua tertarik dan bersememangat untuk melaksanakannya," ujarnya.
Tidak hanya Hendro, penghasilan lagu Arah Cinta Sejati itu juga melibatkan dua pemuzik hebat yang lain iaitu Andre Lizt dan Barsena Bestandhi.
Fadilah dan Aina pertama kali berkerjasama.
Sementara itu, Fadilah yang popular dengan lagu Dawai berpendapat karyanya ini sangat bersesuaian dengannya selepas pertama kali mendengar.
Bahkan kerjasama dengan Aina sudah lama dinantikan selepas terpikat dengan kebolehan penyanyi itu membawa lagu Dawai dengan versinya sendiri.
"Pertama kali saya mendengar demonya saya menangis. Lagu ini memang sesuai untuk saya," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube