PENYANYI Dr Fitri Haris bersama isterinya Fazilah Omar selamat menimang cahaya mata kedua pada awal pagi Jumaat.
Fitri atau atau Mohamad Fitri Mohamad Haris, 40, berkata anaknya perempuannya itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di United Kingdom.
Lebih istimewa lagi apabila anaknya itu berkongsi tarikh lahir yang sama sepertinya iaitu 5 Jun.
Fitri kongsi momen bersama isteri selepas selesai bersalin.
"Alhamdulillah syukur ya Allah. 5 Jun 2025 bersamaan hari wukuf di Arafah, lahirlah puteri kami di Royal Derby Hospital, United Kingdom.
"Yang lebih istimewa, tarikh 5 Jun juga merupakan tarikh lahir saya sendiri. Syukur atas segala nikmat dan rezeki Allah," katanya.
Fitri berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.
Menerusi hantaran tersebut turut berkongsi detik dia memotong tali pusat puterinya sebaik sahaja dilahirkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fitri Haris terima pengiktirafan individu paling berjaya, setaraf tokoh ternama Malaysia dalam Ensiklopedia Britishpedia 2022
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berkahwin dengan pengurus sendiri, Fitri Haris umum isteri dah hamil - “Dia tiada alahan tapi saya pula yang sensitif bau”
Dalam pada itu, Fitri turut terharu dengan pengorbanan isterinya dalam berjuang melahirkan anak mereka.
Penyanyi ini sempat menitip doa agar anak kecil itu terus membesar dan menjadi insan berguna.
"Terima kasih isteriku Fazilah yang kuat dan sabar melahirkan zuriat ini.
"Doakan agar anakanda membesar dengan sihat, menjadi insan yang solehah, penyeri dunia dan akhirat," ujarnya.
Fitri dan Fazilah juga mempunyai anak lelaki bersama.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2019 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki, Bilal Habibi.
Fitri juga memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Sofea Solehah, 21, menerusi perkahwinan sebelum ini.
Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Qalish Rayyan Adam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube