ISU dakwaan hanya memiliki RM500 dalam akaun bank sehingga menjadi punca putus tunang antara pelakon Muntazar Ghufran dengan Saidah Kamarudin masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Meluahkan rasa kesal, Muntazar atau Muhammad Muntazar Ghufran, 23, juga menganggap kewangan adalah satu perkara privasi yang tidak perlu diceritakan.
Malah dedahnya, dia pernah mempunyai duit ratusan ribu ringgit dalam akaun bank tetapi tidak menghebahkan kepada umum.
Muntazar membalas sindiran netizen di TikToK.
"Takkan saya nak beritahu dalam akaun bank saya ada berapa ribu?
"Saya pernah merasa ada duit ratusan ribu dalam bank," katanya.
Muntazar meluahkan perkara tersebut sebagai respons terhadap seorang pengguna TikTok yang meninggalkan komen RM500 tidak cukup untuk membeli lampin dan susu anak bagi pasangan yang sudah berumah tangga.
Dalam pada itu, Muntazar menyifatkan isu kewangan yang berlaku kepada dirinya adalah ujian Allah SWT.
ARTIKEL BERKAITAN: Muntazar Ghufran ada banyak duit pelaburan, dakwa ditampar bekas tunang sampai tercampak cermin mata
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Muntazar mahu buat majlis doa selamat, rupanya sejak awal tak setuju hubungan anak dengan Saidah
Bagaimanapun sebagai individu beragama Islam, dia tetap bersyukur tanpa mengeluh apabila diduga dengan perkara tersebut.
"Mungkin Allah uji saya dengan duit yang sedikit, maka saya perlu sentiasa bersyukur," ujarnya.
Sebelum ini menerusi laporan mStar, Saidah meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazar yang didakwa menggodam akaun TikTok miliknya.
Muntazar dan Saidah putus tunang pada Oktober tahun lalu.
Malah Saidah juga mendakwa dia dan Muntazar putus tunang kerana menganggap pelakon itu belum sedia untuk bergelar suami disebabkan hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja di dalam akaun bank.
Bagaimanapun Muntazar menafikan segala dakwaan Saidah, sebaliknya dia mendakwa pernah dipukul dan dikasari oleh bekas tunangnya itu.
Untuk rekod, Muntazar mengikat tali pertunangan dengan Saidah pada Mei tahun lalu, namun ikatan itu terputus lima bulan kemudian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube