suria

Nama terkait dengan selebriti cabul remaja, Sissy Imann minta maaf

Sissy didakwa berkawan dengan selebriti lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual.

PENYANYI dan pengacara Sissy Imann lebih selesa untuk memilih langkah berdiam apabila namanya dikaitkan ada hubungan dengan selebriti lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap remaja 17 tahun. 

Sedar isu berkenaan menjadi bualan ramai, namun bagi Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil​, 30, dia bukanlah orang yang sepatutnya mengulas perkara tersebut. 

“Saya sedar mengenai berita yang sedang tersebar sekarang ini, tetapi saya tidak berada dalam kedudukan yang sesuai untuk memberikan sebarang komen. 

Sissy selesa mendiamkan diri.

“Saya minta maaf, itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini," ulasnya ringkas kepada mStar. 

Terdahulu ketika mengendalikan program Melodi di TV3, rakan pengacara Fikry Ibrahim berseloroh bertanyakan adakah benar suspek adalah adalah rakan baiknya seperti diperkatakan netizen. 

Memberi respons kepada soalan tersebut, Sissy kelihatan terdiam tanpa mengiyakan atau menafikan pertanyaan itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann sebak program master hampir tamat, harap pendidikan bentuk diri jadi lebih sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Penat lelah 4 tahun berbaloi, Sissy Imann muncul satu-satunya graduan berjaya tamat master muzik secara penyelidikan UiTM

Pada 4 Jun lalu media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja. 

Laporan juga menyebut suspek kemudian membawa mangsa ke hotel selepas beberapa kali bertemu. 

Sissy enggan memihak sesiapa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan turut mengesahkan perkara itu.

Suspek telah dipanggil untuk siasatan dan selesai memberi keterangan pada 3 Jun. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain