suria

Syed Saddiq baca puisi untuk ibu Bella, netizen ramal ucapan majlis kahwin lebih padu

Puisi Syed Saddiq buat ibu Bella terima pujian netizen.

AHLI parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan di media sosial selepas memberikan ucapan manis sempena menyambut ulang tahun ibu kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah.

Lebih istimewa, Syed Saddiq, 33, membacakan puisi ringkas dengan menyifatkan Zarina sebagai wanita besi sebenar kerana berjaya melahirkan serta mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berguna.

"Dalam setiap senyuman, cinta kekal bersemi. Kamu membentuk hati dengan seribu erti, melalui diam yang tabah dan lembut yang berseri.

Syed Saddiq dan Bella ketika di majlis hari jadi Zarina.

"Daripada siang yang terang hingga malam yang gelita, terima kasih kerana sentiasa menjadi bintang. Kamu juga menjadikan dunia Bella lebih bercahaya.

"Selamat hari lahir buat wanita besi versi original yang melahirkan lebih ramai wanita besi yang lain.

"Tanpa kasih sayang seorang ibu mustahil untuk anak-anak berjaya,"katanya.

Syed Saddiq memberi ucapan tersebut ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi Zarina yang ke-49 pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella mengucap dengar gosip sudah bertunang, Syed Saddiq hanya minta doa

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah teman Syed Saddiq buat lasik, netizen seloroh masa depan bakal jadi ‘cerah’

Menjengah ke ruangan komen rata-rata memuji ucapan manis yang diberikan dan menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang yang budiman kerana menghargai keluarga Bella.

"Ini baru ucapan untuk si ibu, kalau ucapan masa kahwin dengan Bella nanti boleh pengsan semua.

"Syed Saddiq sangat budiman, betul-betul menghargai Bella dan orang sekelilingnya.

"Syed Saddiq punya ucapan penuh dedikasi, kita yang dengar pun terharu," tulis netizen.

Syed Saddiq sifatkan Bella dan ibunya sebagai wanita besi.

Hubungan Syed Saddiq dan Bella dilihat mula rapat apabila mereka sama-sama mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu.

Syed Saddiq kemudiannya membuat kejutan sewaktu hari jadi Bella pada Mac lalu sekali gus menguatkan lagi spekulasi kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa.

Kelibat Bella juga turut dilihat di mahkamah bagi mengikuti keputusan rayuan membabitkan Syed Saddiq beberapa hari kemudian.

Malah Bella dan Syed Saddiq dilihat sering memakai pakaian raya sedondon sehingga menguatkan gosip percintaan di antara mereka berdua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain