suria

Siti Nurhaliza spontan nyanyi lagu ‘Percayalah’ di konsert Rossa, satu stadium bersorak

Rossa, Tribute to Siti Nurhaliza, persabahatan Rossa dan Siti, Konsert Rossa Here I Am

SEBAGAI tanda penghargaan, penyanyi Datuk Seri Rossa menghiburkan peminat di Konsert Rossa Here I Am dengan segmen tribute buat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam Sabtu. 

Rossa atau Sri Rossa Rosliana Handayani, 47, berkata, dia sentiasa berasa teruja apabila berkunjung ke Malaysia kerana mempunyai ramai rakan artis yang dikenali. 

Menurut Rossa, penghargaan ini juga dibuat untuk meraikan persahabatan yang terjalin antara dia dan Siti. 

Rossa menghiburkan peminat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu.

"Saya sentiasa teruja apabila datang ke Malaysia kerana mempunyai ramai rakan-rakan. 

"Malam ini sahabat (Siti) saya ada di sini, takkanlah saya tidak menyanyikan salah satu lagu nyanyian beliau," katanya. 

Menerusi segmen Tribute to Siti Nurhaliza itu, Rossa mempersembahkan empat buah lagu nyanyian Siti iaitu Gelora Asmara, Percayalah, Biarlah Rahsia dan Bukan Cinta Biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penuh kejutan dan kelainan, Rossa cerita perjalanan seni 28 tahun menerusi konsert solo ‘Here I Am’

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa berhasrat anjur satu acara istimewa, beri pakaian terpakai kepada penyanyi baharu

Lebih menggamatkan suasana, Siti secara santai turut menyanyikan bersama lagu Percayalah dari tempat duduk di kerusi jemputan khas. 

Persembahan tersebut menerima sorakan luar biasa penonton yang juga tidak menyangka Siti akan turut menyanyi. 

Dalam pada itu, Rossa turut memberitahu dia teruja untuk menantikan konsert Siti di Genting Highlands, Pahang yang bakal berlangsung pada Julai ini. 

Nyanyian duet Rossa bersama Ariel (kiri) menerusi lagu Nada-Nada Cinta.

"Saya tak sabar menantikan konsert kamu (Siti) di Genting Highlands," ujarnya. 

Konsert Rossa Here I Am yang dianjurkan oleh SAH Entertainment ini menampilkan lebih 30 buah lagu termasuk Atas Nama Cinta, Tegar, Hati Yang Kau Sakiti, Lupakan Cinta dan banyak lagi. 

Konsert turut diserikan lagi dengan persembahan artis jemputan seperti Ariel Noah, Ernie Zakri, MK- Kclique, The Ladies dan empat finalis One In A Million iaitu Marygrace, Kai Deva, Jimi dan Zazzleen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain