suria

Amira Othman peluk Neelofa, netizen kata ‘dah move on’…. “Beginilah sifat mereka yang reda dengan perjalanan hidup”

Amira dan Neelofa dilihat mesra berpelukan selepas selesai majlis ilmu.

VIDEO yang memaparkan penyanyi Amira Othman berpelukan dengan pengacara Neelofa mencuri perhatian netizen di media sosial.

Klip video berdurasi satu minit 24 saat itu memperlihatkan Amira, 32, dan Neelofa,36, saling berbual mesra dan berkongsi pendapat.

Bagaimanapun video tersebut mencetuskan persoalan ramai apabila kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik walaupun Amira kini dikaitkan dengan jejaka yang mempunyai sejarah silam dengan pengacara itu. 

Amira dan Neelofa pernah bekerjasama dalam sebuah drama.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Neelofa sudah reda dengan ketentuan takdir serta memiliki keluarga yang bahagia. 

"Beginilah sifat mereka yang reda dengan perjalanan hidup dan berbaik dengan sesiapa pun. 

"Neelofa sudah temui kebahagiaan dia sendiri. Ada suami yang sayangkan dia, ada anak-anak yang membesar. Keluarga bahagia.

"Neelofa sudah tentu dah 'move on', lagi-lagi dah kahwin," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amira Othman mengaku terima bunga, dedah Fattah Amin antara kawan rapat lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Dua jambangan bunga buat Amira Othman, Fattah Amin dedah niat sebenar

Dalam masa sama, terdapat netizen yang mempertahankan persahabatan dua selebriti ini yang sudah lama terjalin. 

"Alhamdulillah sukanya tengok persahabatan mereka, saling mendoakan yang terbaik antara satu sama lain.

"Mereka kan kawan rapat sejak berlakon sama dulu. Cerita Red Velvet tak silap. 

"Neelofa memang daripada dulu dah rapat dengan Amira lah. Ada berlakon sama," tulis netizen. 

Antara komen netizen di media sosial.

Hantaran video yang dikongsi oleh akaun TikTok cute08628 sudah mencapai hampir 500,000 jumlah tontonan.

Untuk info, Neelofa pernah dikaitkan mempunyai hubungan serius dengan Fattah, tetapi hubungan itu dilaporkan berakhir pada 2016. 

Malah ketika ini, Amira dan Fattah pula menjadi perhatian ramai apabila netizen mendakwa mereka mempunyai hubungan serius walaupun memaklumkan status mereka hanya sebagai rakan sekerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain