PESERTA program realiti Malaysian Idol musim pertama, Saiful Bakeri tampil berterus terang apabila mengakui sudah lama memiliki naluri wanita sekali gus memilih untuk menjadi 'pondan'.
Menurut Saiful, 39, dia sedar perbuatannya bertentangan dengan ajaran agama, namun enggan menipu diri sendiri dan hidup hipokrit.
Dakwa Saiful, keputusan yang dibuat juga tidak menyusahkan orang lain termasuk menyara kehidupannya dengan usaha sendiri.
Saiful enggan menjadi manusia hipokrit.
"Biarlah saya berterus terang, sebelum saya sertai Malaysian Idol lagi naluri saya memang dah lama macam ini (ke arah wanita).
"Saya tak mahu jadi hipokrit dan menipu satu Malaysia, lambat-laun orang akan tahu.
"Lagipun saya tak kacau hidup orang lain dan paling penting saya pandai jaga diri sendiri," katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Wanita jadian’ sengaja cari perhatian, Ucop anggap buang masa tegur kalau enggan berubah
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu nak sangat zuriat perempuan, sanggup didik anak lelaki jadi pondan! - “Mak dia akan puji cantik”
Berkongsi lanjut, Saiful memberitahu dia sudah tidak lagi menghiraukan segala kecaman yang dilemparkan serta reda dengan apa yang berlaku.
Malah tambah Saiful, kecaman yang diterima itu lama kelamaan akan pudar dan berlalu pergi.
"Saya malas nak ambil tahu apa orang nak cakap, saya hanya mampu reda sahaja.
"Benda (kecaman) ini pun sekejap sahaja dan lambat laun orang akan diam," ujarnya.
Terkejut juga baru sekarang ia tular.
SAIFUL
PENYANYI
Sementara itu, Saiful berkata video yang kini tular di media sosial memaparkan dia menyanyikan lagu yang pernah popular sebelum ini iaitu Ku Juga Mencintaimu adalah rakaman lama.
Jelasnya, ketika itu rakannya yang meminta dia menyanyikan lagu tersebut apabila diundang sebagai tetamu.
Namun pelik apabila video itu baru tular sehingga meraih perhatian ramai.
"Mengenai video yang viral sekarang, ia adalah rakaman tahun lepas ketika saya menyambut sambutan Hari Gawai di Sarawak.
Saiful sudah biasa terima kecaman netizen tentang imejnya.
"Bila tuan rumah minta menyanyi takkan saya nak tolak? Terkejut juga baru sekarang ia tular," jelasnya.
Sebelum ini, video Saiful sedang berkaraoke mendapat perhatian ramai apabila penampilannya yang kini menyerupai wanita, termasuk memiliki payudara, menjadi bualan hangat netizen.
Walaupun penampilannya dikecam, ada juga netizen yang memuji suaranya masih merdu dan sama seperti dahulu.
Sekadar peringatan, perbuatan menukar jantina dan mengubah fitrah dilarang dalam agama Islam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube