PELAWAK Amir Raja Lawak meluahkan rasa terkilan apabila seorang pengarah memberikan harapan palsu dengan menabur janji untuk memberi tawaran lakonan kepada dirinya.
Lebih menyedihkan, Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 35, berkata watak yang dijanjikan itu juga ditukar dengan pelakon lain.
"Ia bukan isu besar cuma saya agak terkilan dengan layanan seorang pengarah.
"Ia bukan isu besar cuma saya agak terkilan dengan layanan seorang pengarah. Kalau tak jadi ambil beritahu secara baik, boleh saya fokus berniaga serta buat hal lain dan tidak tertunggu-tunggu perkembangan daripada dia.
Amir tak simpan dendam cuma kecewa.
"Rasanya bukan saya seorang saja pernah terkena. Mula-mula dia tawar saya berlakon, siap sudah tetapkan tarikh, beritahu fasal skrip, kemudian senyap.
"Kita sama-sama cari makan, patutnya masing-masing sudah faham," katanya ketika dihubungi mStar.
Tidak hanya itu, Amir memberitahu pengarah berkenaan memberi alasan dirinya mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa menunda penggambaran mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak dah biasa kena ‘bahan’, sikit pun tak terasa hati gurauan kasar Lando
ARTIKEL BERKAITAN: Panggil Amir ‘raja biawak’ dalam podcast hanya gurauan, Lando maafkan netizen edit muka buat meme
Kata Amir dia juga mengetahui penggambaran tersebut tetap diteruskan selepas melihat perkongsian beberapa rakan artis.
"Dia beritahu dia kena kayap dan penggambaran terpaksa tunda. Jadi saya ambil tawaran kerja reviu dulu kerana jatuh pada tarikh sama.
"Tapi saya perasaan pada tarikh itu ada rakan yang kongsi mereka sudah dua hari menjalani penggambaran," ujarnya.
Amir sudi kosongkan jadual sekiranya sudah berjanji.
Walaupun terkilan dengan apa yang berlaku, Amir bagaimanapun tidak menyimpan dendam sebaliknya sudi kembali berkerjasama sekiranya ada tawaran pada masa mendatang.
"Saya tak marah, malah kalau dia panggil untuk berlakon selepas ini saya akan minta dia untuk tidak mengulangi perkara sama ini lagi.
"Sakit rasanya bila orang beri harapan lepas itu senyap," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube