suria

Azhan Rani terkejut pakcik kena halau ketika iktikaf di surau, terus teringat babak drama Nur

Azhan (kanan) terkejut melihat reaksi penduduk terhadap pakcik beriktikaf di surau.

SUSULAN video tular seorang warga emas dihalau ketika sedang beriktikaf di surau, pelakon Azhan Rani berharap agar insiden tersebut dijadikan teladan dan pengajaran buat masyarakat. 

Azhan atau Azhan Abdul Rani, 49, berkata, dia terkejut melihat situasi yang berlaku dan mendoakan kesejahteraan buat lelaki yang dipercayai bapa kepada bekas peserta Pencetus Ummah (PU) musim ketiga, Azhar Hilmi. 

"Hari ini (Sabtu) saya tonton satu video pakcik yang sedang beriktikaf dalam sebuah surau dihalau keluar sambil direkod dengan telefon kemudian di muat naik di media sosial. 

"Alasannya kerana pembaziran tenaga elektrik dan nak elakkan kecurian di surau itu kerana sudah lepas waktu solat fardhu.

Azhan sebelum ini membawa watak Ustaz Hamadi menerusi drama Nur.

Azhan sebelum ini membawa watak Ustaz Hamadi menerusi drama Nur.

"Semoga yang keruh dapat dijernihkan. Semoga ada pengajaran untuk kita semua insya-Allah. Doa yang baik-baik buat pakcik itu serta individu yang merakamkan video tular tersebut. Andai hari ini tersasar moga esok akan ada jalan pulang untuk kita semua," katanya. 

Azhan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Azhan memberitahu insiden itu mengingatkan kembali ketika dia membawakan watak Hamadi yang memaparkan sisi tidak baik seorajg ustaz.

Kongsi Azhan, dia berharap watak yang dibawa itu dapat menyedarkan masyarakat tentang realiti kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita halau pakcik sedang iktikaf dalam surau, ungkit penduduk bayar bil utiliti

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani mahu ‘bunuh’ karakter Ustaz Hamadi, tolak kalau ditawar watak penunggang agama

"Masa aku buat drama ini mengucap panjang dengan watak aku sendiri. Syaitan bertopengkan manusia. Nampak baik tapi Nauzubillah. 

"Tak mengapa aku betulkan niat biar orang benci dengan harapan orang kenal golongan macam ini dan jadikan sempadan dalam hidup di dunia realiti," ujarnya. 

Azhan bagaimanapun berpendapat penonton boleh meluahkan rasa tidak puas hati sekiranya menonton babak tersebut di dalam drama, namun untuk menerima kebenaran di dunia realiti pastinya bukan satu perkara mudah. 

"Astaghfirullahalazim.. dalam drama Nur pun kalau siapa ingat ada satu watak tok siak akan halau watak Nur yang cuba datang ke masjid sampai baling selipar hanya kerana Nur perempuan lorong dan dirasakan tak layak berada di rumah Allah itu.

"Tapi tak mengapalah itu dalam drama. Fasal pakcik ni pulak dalam realiti. Kebenaran itu pahit. Dalam drama orang boleh melenting dan marah kalau sisi kudis kehidupan ni diceritakan. Tapi mampu ke kita menolak realiti kehidupan ini tak lari kudis-kudis yang kita bencikan," katanya. 

Seorang jemaah bukan penduduk perumahan dihalau ketika sedang beiktikaf.

Seorang jemaah bukan penduduk perumahan dihalau ketika sedang beriktikaf.

Sebelum ini, tular video di media sosial tentang seorang wanita yang dipercayai pengerusi JMB Halaman 11 menghalau jemaah yang sedang beriktikaf dengan membaca al-Quran di dalam surau.

Tindakan itu dibuat dengan alasan lelaki berkenaan bukan penduduk di kawasan perumahan terbabit.

Wanita itu mendakwa bayaran semua bil utiliti rumah ibadat itu menggunakan wang daripada yuran penyelenggaraan penduduk.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa (AJK) Musolla Halaman 11 menafikan dakwaan tersebut dengan memaklumkan segala kos operasi berkaitan pengurusan surau menggunakan wang sumbangan orang ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain