suria

Fara Salleh tunjuk sijil kelahiran anak, tiada maklumat bahagian bapa... Kesal Shuk Sahar lambat daftar nikah

Fara dakwa anak menjadi mangsa dengan sikap Shuk.

DALAM kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata pertama, isteri kepada pelawak Shuk Sahar turut meluahkan rasa kesal terhadap suami sendiri. 

Akibat kegagalan Shuk mendaftarkan penikahan mereka secara sah, ia turut memberi kesan kepada proses mendapatkan sijil kelahiran anak mereka yang baharu sahaja dilahirkan. 

Fara, 33, dalam satu perkongsian di Instastory miliknya mempersoalkan tindak-tanduk Shuk dalam urusan perkahwinan sebelum ini. 

Fara kecewa dengan keputusan yang dilakukan Shuk.

"Kau nampak apa kau buat? Ini surat beranak Elaine, Encik Sahar. Kau nampak apa anak kau buat?," luahnya.

Fara berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang memaparkan sijil kelahiran anaknya yang dilahirkan pada 26 Jun lalu. 

Pada ruangan maklumat bapa, tertulis 'maklumat tidak diperolehi'. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar dan isteri ‘perang’ di IG, Fara Salleh dakwa suami culas tanggungjawab

ARTIKEL BERKIATAN: Luahan terbuka Fara Salleh buat keluarga mentua, tak tamak tuntut harta... Minta Shuk Sahar hadir mahkamah

Dalam pada itu, Fara turut memuat naik foto seorang lelaki mirip Shuk yang mengenakan kostum badut sekali gus mendedahkan jejaka berkenaan adalah bapa kepada anaknya.

"Ramai tanya aku siapa bapa Elaine Nada. Ini dia, nanti pesan dekat dia surat beranak anak kena selesaikan. 

"Lepas itu kena naik mahkamah atas urusan pendaftaran 5 Ogos, 2025," luahnya.

Shuk dan Fara masih belum dapat berdamai.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand. 

Mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain