suria

Shuk Sahar dan isteri ‘perang’ di IG, Fara Salleh dakwa suami culas tanggungjawab

Shuk bersuara membela diri dan keluarga.

BENGANG nama ibu bapa menjadi bahan bualan di media sosial, pelakon dan pelawak Shuk Sahar akhirnya tampil bersuara membela diri.

Shuk atau Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39, berkata dia tidak pernah lalai daripada menjalankan tugas sebagai suami malah sentiasa menghulurkan duit nafkah buat isterinya, Fara Salleh.

Tegasnya, dia memilih untuk berdiam diri kerana enggan mendedahkan lebih baik aib melibatkan isterinya.

"Sekali lagi jangan kau petik nama mak ayah aku, jangan main gila dengan aku. Usik aku saja bukan mak bapa aku.

"Kalau kau nak tengok macam mana gilanya aku kau petik nama mak bapak aku. Nak tengok setiap bulan aku abaikan ke tak? Ini bulan Jun dan Mei sebanyak RM1,500.

Shuk kurang senang apabila Fara melibatkan ibu bapa dalam hal rumah tangga. 

"Aku diam bukan sebab aku takut sebab aku malas layan drama buka aib kau. Jangan sampai  aku main gila ikut cara kau!," dedahnya.

Shuk berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa sebagai balasan terhadap kenyataan Fara yang menyebut nama kedua ibu bapanya. 

Tidak hanya itu, Shuk juga mendedahkan dirinya memberi wang sejumlah RM5,000 bagi membiayai kos bersalin isterinya pada Jun lalu.

Malah dia juga menanggung kos rawatan jantung yang dilakukan oleh Fara sebanyak RM15,000 serta percutian mereka di Eropah dan umrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar selamat bersalin, kagum harungi tempoh hamil sendiri 

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh haramkan Shuk Sahar jumpa anak, rayu mahu rujuk

"Ini ada RM5,000 untuk buat duit Fara bersalin. Semoga dipermudahkan semuanya.

"RM15,000 duit jantung, RM10,000 duit pergi umrah dan RM75,000 duit pergi Europe," luahnya.

Sementara itu, Fara tampil membalas kenyataan tersebut dengan tegas mendakwa Shuk tidak menjalankan tugasnya sebagai bapa dengan baik.

Katanya, Shuk tidak memikirkan masa depan anak mereka selepas bertindak menceraikannya melalui telefon pada April lalu.

Shuk dan Fara berbalas kenyataan di sosial media. 

"Setakat bagi duit? Cukup ke itu Encik Shukri dan keluarga? Bahagian mana kau tanggungjawab?

"Kau nak lawan apa aku dah hadap ke? Kau dengar sini anak Sahar. Kau ceraikan aku dekat Siam tanpa kau fikri apa-apa ke depan fasal anak. Bab pendaftaran nama anak dan sebagainya. 

"Sejak pisah rumah ada kau tanya khabar anak? Kau meroyan macam sebab rasa aku ada laki lain," jelasnya.

Dalam pada itu, Fara juga mendakwa wang yang diberikan Shuk tidak dapat menampung kehidupan dia bersama anaknya.

Fara selamat bersalin anak sulung Jun lalu. 

Lebih kesal lagi, Fara memberitahu Shuk mengetahui dirinya sudah melahirkan anak namun tidak hadir ke hospital untuk mengiqamatkan bayi perempuan mereka.

"Cuba kau hidup dengan jumlah kau bagi aku itu boleh hidup tak kau? Ada kau datang rumah selesaikan hal ini? Ada kau datang mahkamah? Tak ada kan? 

"Kata bagus sangat sembang dnegan membe bab hadis saja. Mana pergi tanggungjawab kau bro? Bukan kau ke sepatutnya azan iqamatkan anak? Acah-acah diam malas layan drama konon. Kawan kau siap beritahu lagi masa aku dah bersalin," luahnya.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.

Mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain