suria

Masih lagi berbalas kenyataan, Shuk Sahar tunjuk bukti baki wang simpanan... Tak tahu tarikh isteri bersalin

Shuk dan Fara saling berbalas kenyataan.

TERUS berbalah di sosial media, pelawak dan pelakon Shuk Sahar tegas menolak dakwaan dia culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. 

Selepas berkongsi bukti nafkah dikirimkan kepada isteri, Shuk atau Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39,juga mendapat dia tidak diberitahu akan keadaan isteri sebelum bersalin. 

Disebabkan dia tidak dapat hadir ke hospital menyambut kelahiran cahaya mata pertama bersama isterinya iaitu Fara Salleh. 

Shuk kongsi baki dalam akaun banknya.

"Macam mana nak dapatkan maklumat ayah? Macam mana nak pergi azankan? Tarikh lahir pun tiada siapa beritahu. Tiada siapa pun hubungi dah lahir," katanya. 

Shuk menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Selesa membalas beberapa kenyataan yang dibuat oleh Fara. 

Pelawak itu juga mendakwa dia mendapat tahu tentang tarikh isterinya bersalin apabila menerima mesej pengikut media sosial yang terlihat kelibat Fara di hospital. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh tunjuk sijil kelahiran anak, tiada maklumat bahagian bapa... Kesal Shuk Sahar lambat daftar nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar dan isteri ‘perang’ di IG, Fara Salleh dakwa suami culas tanggungjawab

Disebabkan tidak mendapat sebarang maklumat terperinci, Shuk hanya mampu mengirim wang sebagai perbelanjaan kos di hospital. 

"Orang DM (direct messege) beritahu dah masuk hospital nak bersalin. Jadi yang termampu hanya kirim duit RM5,000 untuk buat bersalin," ujarnya. 

Dia turut menunjukkan jumlah simpanan di bank yang hanya berbaki RM1,494 sebagai belanja selepas memberi wang kepada isterinya. 

Perbalahan antara Shuk dan Fara bermula apabila isterinya berkongsi khabar gembira kini bergelar ini selepas bersalin anak pertama pada 26 Jun lalu. 

Shuk dedah dirinya tidak mengetahui anaknya sudah lahir.

Dalam beberapa hantaran di sosial media Fara mendakwa Shuk gagal menjalankan tanggungjawab selain tidak ada bersama di hospital sewaktu anak mereka dilahirkan. 

Shuk juga kemudian membalas mempertahankan diri dan meluahkan rasa bengang apabila Fara turut mengaitkan ibu bapanya dalam maslah rumah tangga mereka. 

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain