suria

Hutang lama belum selesai, datang pula masalah baharu... Elliza Razak perlu cari RM3,300

Elliza perlu mencari wang sebanyak RM3,300 untuk melunaskan hutang tertunggak.

SUDAH jatuh ditimpa tangga. 

Itulah yang dilalui oleh penyanyi Elliza Razak apabila masih lagi memerlukan wang sejumlah RM3,300 untuk melunaskan bayaran hutang ditanggungnya sebelum ini. 

Kata Elliza, 41, wang tersebut adalah untuk baki hutang berjumlah RM8,300 yang masih belum diselesaikan sebelum ini. 

Perkongsian Elliza di Instastory miliknya.

"Jika ada yang masih ingat kes ini, sebenarnya saya masih tak cukup nak kumpul lagi RM3,300. 

"Sekarang dah tambah masalah lain. Hal ini tak selesai lagi, timbul pula orang cari saya disebabkan hutang tak guna itu buat tak tahu bayar," katanya. 

Elliza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak mohon berhenti tagih hutang, tak tahu bekas suami tinggal mana... Nafkah anak pun terabai

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak rayu bekas suami ‘stop’ beri masalah, sampai menangis kerana terlalu tertekan

Dalam pada itu, Elliza berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik dan menyokong perniagaan minyak wangi miliknya demi membantu menyelesaikan masalah kewangan dihadapi. 

"Entahlah saya berharap sangat ramai sokong bisnes minyak wangi saya dalam keadaan sekarang ini. 

"Banyak nak kena selesaikan satu persatu, doakan saya ya," ujarnya. 

Pada Mei lalu, Elliza memohon bantuan orang ramai untuk menyokong perniagaan minyak wangi miliknya untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan serius yang dihadapinya. 

Menurut bekas peserta program Akademi Fantasia musim ketiga ini, dia memerlukan wang sebanyak RM8,300 untuk menyelesaikan satu perkara penting yang tidak dinyatakan. 

Elliza memohon orang ramai untuk menyokong bisnes perusahaannya.

Dakwanya lagi, dia turut diugut oleh individu tidak bertanggungjawab kerana masalah tersebut sudah pun mendapat campur tangan banyak pihak. 

Sebelum ini, Elliza turut meluahkan rasa kesal dan hilang sabar apabila dia menjadi sasaran banyak pihak yang menuntut hutang bekas suaminya iaitu Khairul Adzwan Nasir. 

Tegas Elliza, dia dan Khairul Adzwan sudah lama bercerai dan memohon agar pihak berkenaan tidak melibatkan dirinya dalam urusan menuntut Kembali wang mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain