PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad tampil membuat penjelasakan selepas timbul dakwaan dia bersikap sombong sewaktu membuat urusan permohonan pinjaman di sebuah bank.
Menganggap ia sebagai satu kenyataan yang menjejaskan nama baiknya, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, menegaskan dia tidak pernah terlibat dengan urusan membabitkan pinjaman di mana-mana institusi kewangan.
"Ada yang kata suami dia banker dan pernah uruskan urusan pinjaman saya. Kata saya kekwat kalah datin. Saya tidak pernah buat sebarang pinjaman sepanjang hidup.
Perkongsian Uyaina di Threads miliknya.
"Antara perempuan itu berbohong atau suami dia yang menipu. Fitnah dan merosakkan reputasi. Bila saya bersemuka, saya minta nombor telefon dan butiran suami dia, terus padam komen... takut," katanya.
Uyaina berkongsi perkara tersebut dalam hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Selesa.
Menerusi beberapa hantaran berbeza dia juga memberi maklum balas selepas tular satu perkongsian yang meluahkan rasa kurang senang terhadap dirinya ketika mengendalikan program di televisyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad kini berani bersuara, kutuk tindakan buli siber
ARTIKEL BERKAITAN: Kisah bayi 4 bulan meninggal di taska buatkan Uyaina Arshad takut, hancur hati baca luahan ibu
"Lepas kes semalam (Isnin), masing-masing padam komen dan private atau nyahaktif akaun. Semua lari bertempiaran macam lipas kena spray.
"Apa yang saya dapat simpulkan di sini, orang yang berani mengumpat orang lain secara terang-terangan di media sosial ini rasa mereka akan sentiasa melarikan diri.
"Mereka (netizen) rasa orang yang mereka umpat itu tidak akan ambil apa-apa tindakan atau dedahkan siapa mereka. Perkara ini sudah menjadi tabiat. Satu kebiasaan untuk mereka," ujarnya.
Susulan isu itu, Uyaina juga lebih terbuka bersuara dan mencabar mana-mana pihak yang bercakap perkara tidak benar tentang dirinya untuk tampil bersemuka.
Malah dia tidak akan berdiam dan boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya melampaui batas.
"Selepas ini jom normalisasikan sikap bersemuka. Itu belum saya ambil tindakan undang-undang lagi. Saya boleh ambil tindakan atas dakwaan fitnah, buli siber dan gangguan. Tengok berani ke tak
Uyaina berang apabila ada individu melemparkan fitnah terhadapnya di media sosial.
"Malah saya boleh cari dia (netizen) terus daripada username dan email. Alamat tempat tinggal semua saya boleh cari. Nak ke sampai tahap itu? Malas saya," katanya.
Pada Isnin, Uyaina tidak lagi berdiam diri apabila ada netizen yang terbuka terus menghentam dirinya.
Kata Uyaina, tindakan tersebut merupakan perbuatan buli siber yang tidak sepatutnya menjadi amalan dalam kalangan pengguna media sosial.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube