suria

Iqie Insomniacks rapat dengan Angel tapi tak bercinta, tiada masa cari awek

Iqie perjelasan hubungannya bersama Angel.

VOKALIS Insomniacks, Iqie terkejut dengan khabar angin yang mendakwa dirinya sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel. 

Iqie atau nama sebenarnya Syed Mir Iqbal, 28, berkata hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan rapat memandangkan sudah berkenalan sejak zaman belajar.

"Saya dan Angel memang berkawan sejak daripada zaman kolej lagi dan sampai sekarang kami masih berkawan rapat.

Iqie tersenyum malu apabila ditanya mengenai kisah cinta.

"Harap dapat jumpa dia di konsert nanti," katanya kepada mStar.

Iqie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi latihan eksklusif kumpulan Insomniacks di ibu kota pada malam Selasa.

Tambah Iqie, fokus utamanya kini adalah kerjaya muzik dan dia belum bersedia untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta.

"Semua hubungan dengan kawan-kawan saya adalah istimewa, bercinta itu tidak betul. Saya tiada masa, sibuk," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket ‘sold out’, Insomniacks tak rancang tambah hari kedua konsert di Zepp KL

ARTIKEL BERKAITAN: Insomniacks artis tempatan paling tinggi distrim, kekal sederhana tak kejar populariti

Sementara itu, salah seorang anggota Insomniacks iaitu Iskandar atau Wan Arif Iskandar, 28, turut tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

"Hubungan mereka sekadar kawan biasa saja. Saya sebagai kawan boleh sahkan," ujarnya.

Sebelum ini, timbul spekulasi apabila peminat mula menyedari keakraban antara Iqie dan Angel yang sering dilihat saling membalas komen di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain