PELAKON Fathia Latiff berasa rendah diri melihat perubahan wajahnya sehingga membuatkan dia tidak lagi bersemangat untuk bergaya.
Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata, orang ramai juga seolah-olah sudah tidak mengenalinya apabila berada di luar.
"Saya boleh lihat perubahan pada wajah dan sejujurnya saya rasa penampilan saya lebih teruk sekarang ini.
Perkongsian Fathia di Threads.
"Saya sudah malas nak bergaya dan kadang kala saya rasa bila di luar, orang ramai sudah tidak mengenali saya lagi.
"Sukar rasanya apabila kita tidak lagi rasa seperti jadi diri sendiri," katanya.
Fathia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dulu wajah cengkung, kurang yakin diri... Fathia Latiff mengaku ‘buat muka’ untuk nampak lebih cantik
ARTIKEL BERKAITAN: Fathia terkilan tiada tawaran kerja, ramai sangka dah berhenti berlakon... Sekarang kurang berkongsi di IG
Dalam pada itu, Fathia mengakui berkecil hati kerana masih ada segelintir individu yang sering mengkritik tentang perubahan wajahnya.
Menurut pelakon drama Bidaah ini, selepas melakukan suntikan pengisian atau filler, dia sepatutnya berasa lebih yakin namun sebaliknya yang berlaku.
"Saya menyimpan sakit dalam diri, netizen masih lagi menghakimi dan mengejek penampilan saya.
Fathia sebelum ini mengakui pernah membuat rawatan botox.
"Saya hanya melakukan rawatan filler. Rawatan ini sepatutnya membuatkan saya rasa lebih baik tetapi sebaliknya saya jadi sedih sekarang," ujarnya.
Sebelum ini, ketika temu bual bersama mStar, Fathia mengakui tidak yakin dengan wajah terlalu cengkung dan kerana itu dia membuat pelbagai rawatan untuk mencantikkan mukanya.
Kata Fathia, selepas beberapa kali membuat rawatan botox pada wajah dan mata serta menambah 'filler' di bibir, dia berasa yakin dengan kecantikan yang dimiliki.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube