HAMPIR tiga tahun menunggu, Amir Raja Lawak masih belum menerima baki bayaran berjumlah RM18,000 seperti yang dijanjikan oleh sebuah stesen televisyen.
Terdesak memerlukan duit, Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 35, berharap pihak berkenaan dapat melunaskan bayaran seperti yang diminta sebelum ini.
"Kalau tidak perlukan duit untuk beli apa-apa, saya tak minta sebenarnya. Saya beri sahaja masa sebagaimana beberapa tahun dah selesai kerja tapi bayaran belum selesai semua lagi.
Perkongsian Amir di Instagram.
"Untuk kali ini memang saya nak guna duit itu. Mereka pun tahu alasan yang sangat penting. Saya sudah beritahu mereka siap bukti bergambar untuk meyakinkan bahawa saya tidak menipu," katanya.
Amir berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Rabu namun enggan mendedahkan masalah utama dia memerlukan duit berkenaan dengan kadar segera.
Baginya ia terlalu peribadi dan tidak perlu diceritkan kepada umum mengenai masalah yang dihadapi.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak kena 'scam', pengarah lesap lepas janji berlakon... siap menipu penggambaran tangguh sebab terkena penyakit kayap
ARTIKEL BERKAITAN: Mesra macam dah kawan lama tapi rupanya Amir Raja Lawak baru sekali bertentang mata dengan Lando
Amir juga memberitahu dia ada berjumpa dengan wakil pihak berkenaan bagi membincangkan tentang proses bayaran baki tertunggak.
Dia pada awalnya bersetuju dengan terma yang ditetapkan namun kemudian meminta ihsan pihak terbabit untuk membayar segera atas sebab-sebab tertentu.
"Selepas perjumpaan itu, ada sesuatu yang telah berlaku dan saya telah maklumkan kepada mereka secara lembut, berhemah serta terperinci. Saya perlukan duit itu segera dalam kadar amaun sedikit besar.
Amir ada alasan sendiri tuntut baki bayaran segera.
"Biarpun tak dapat semua, boleh sahaja bagi ikut logik mengikut segala bukti dan sebab yang saya berikan," lauhanya.
Sementara itu dalam satu hantaran berbeza, Amir menolak tawaran seorang peguam yang ingin membantu bagi urusan tuntutan berkenaan.
"Pertama, dah tentu pakai kos. Kedua ambil masa lama. Saya nak pakai duit itu sekarang.
"Saya bukan nak duit untuk bayar hutang atau apa-apa yang negatif. Saya cuma boleh beritahu nak pakai duit untuk bantu keluarga. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube