suria

Pernah ragu-ragu soal penampilan, Syasya Rizal kongsi pengalaman kali pertama bercuti pakai hijab

Syasya syukur ubah penampilan.

SELEPAS tampil berhijab sejak dua tahun lalu, penyanyi Syasya Rizal memberitahu pernah timbul rasa keraguan tentang perubahan dalam dirinya. 

Bukan hanya meragui tentang keyakinan terhadap diri sendiri, malah pandangan sekeliling juga antara yang menjadi tanda tanya buat Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24. 

Dia bagaimanapun bersyukur atas keputusan yang dibuat sebelum ini dan pengalaman pertama kali bercuti dengan gaya bertudung turut membuka matanya tentang penampilannya itu. 

Gaya Syasya sering jadi ikutan peminat. 

"Pernah suatu ketika saya tertanya-tanya, adalah masih boleh berpakaian cantik? Adakah masih rasa yakin? Adakah orang akan melihat saya dengan pandangan berbeza?

"Kali pertama bercuti sebagai hijabi... Subhanallah, ia rasa sangat istimewa," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Syasya Rizal padam foto lama, bukan lagi cerminan diri lepas bertudung 

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal belum hamil anak kedua, tiada masalah dikurniakan zuriat ramai

Syasya menulis luahan itu di Instagram miliknya berserta beberapa gambar sedang bercuti di China bersama suami dan anak mereka. 

Bagi bekas anggota kumpulan Dolla ini, kesederhanaan dalam gaya juga memberi satu penampilan yang cukup berbeza buat dirinya. 

Syasya bersama suami dan anak mereka. 

"Kesederhanaan tidak pernah padamkan cahaya, ia cuma membuatkan lebih bersinar. 

"Syukur untuk perjalanan ini. Ketenangan yang baru saya temui. Defininsi kecantikan yang saya rasakan," luahnya. 

Dalam hantaran tersebut dia turut memuat naik beberapa gambar dengan gaya fesyen berbeza namun tetap kelihatan anggun bertudung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain