IMPIAN peminat mahu menyaksikan Misha Omar mengadakan persembahan berskala besar tercapai apabila penyanyi itu tampil dengan Konsert DiA Misha Omar pada 29 November depan.
Menurut Misha atau Samihah @ Aisah Omar, 43, menyifatkan konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena itu sebagai sejarah penting selepas 20 tahun bergelar penyanyi.
"DiA Misha Omar bukan hanya tentang saya seorang tapi tentang bagaimana perjuangan karier yang telah menapak lebih 20 tahun dan disokong penuh oleh pemain industri dan peminat.
Misha adakan konsert untuk peminat yang menyokong.
"Siapa sangka saya berjaya melewati hitam putih 20 tahun sebagai seorang penghibur dan konsert ini adalah titik destinasi baharu yang akan saya cipta dengan sejarah baik dan manis bersama anda semua," katanya.
Kata Misha, dia tidak pernah mempunyai kelab peminat sepanjang bergelar penyanyi namun sentiasa percaya dengan karya-karya bermutu yang dimiliknya.
Dia juga menyifatkan konsert berskala besar ini sebagai sebuah 'riwayat cinta' buat peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik, Misha Omar bukan penyanyi wanita Kelantan ditahan polis bersama pil kuda
ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Idris bukan ‘pancing’ perhatian, Misha Omar bangga tengok usaha anak sebagai hos
Sementara itu, Double M Production menjelaskan Konsert DiA Misha Omar bukan kesinambungan kepada 'showcase' berskala kecil yang berlangsung, Disember lalu.
Mengenali Misha Omar secara peribadi, pihak produksi menyifatkan penyanyi itu seorang penghibur yang sederhana tetapi meninggalkan impak yang besar di sebalik setiap pekerjaan yang dilakukan.
Tiket konsert Misha mula dijual 25 Julai ini.
Tiket konsert DiA Misha Omar mula dijual bermula 25 Julai 2025 pada pukul 10 malam dengan harga serendah RM288 sehingga RM1,200.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube