PELAKON Meerqeen tenang berdepan kritikan netizen yang berpendapat watak yang dibawakan dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure tidak sesuai dengannya.
Mengambil pendekatakan tidak membaca komen, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 24, juga yakin dia sudah memberi yang terbaik untuk watak tersebut.
"Saya tak terasa hati pun dengan komen negatif netizen sebab saya sendiri tak baca komen.
Meerqeen usaha keras demi menjayakan watak Thariq.
"Saya dibayar untuk berlakon dan ikhlas berikan segalanya untuk watak Thariq.
"Rasa tercabar itu tidak, saya rasa mereka boleh hakimi lakonan saya selepas menonton drama ini," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu dia juga telah memberi sepenuh komitmen sejak awal menerima tawaran darama berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Impian dan cita-cita dipandang rendah, Meerqeen yakin potensi diri tiada alasan untuk putus asa
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Diam lebih baik, Meerqeen malas layan komen negatif… Minta netizen henti buli siber
Bukan hanya menjiwai watak, dia juga sanggup melakukan transformasi fizikal sebelum memulakan penggambaran.
"Ya, ada perubahan bentuk fizikal sebab berat saya turun daripada 80 kg ke 68 kg dalam masa sebulan.
"Ini inisiatif saya sendiri, lagipun saya memang suka bersukan dan bersenam di gim," ujarnya.
Meerqeen dan Qasrina digandingkan sebagai pelakon utama drama Thariq Ridzuwan.
Thariq Ridzuwan: His Treasure merupakan sebuah naskhah yang diadaptasi daripada novel karya Huda Najwa.
Drama arahan pengarah Eyra Rahman ini akan mula ditayangkan pada 23 Julai ini menerusi saluran di Astro Ria, Astro One, Astro GO dan aplikasi Sooka.
Selain Meerqeen, pelakon lain yang turut serta menjayakan drama tersebut ialah Qarina Karim, Evertts Gomes, Thompson Goh, Noki K‑Clique, Afiq Hamidon, dan Edaman Othman.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube