PENYANYI Jacyln Victor tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya dengan seorang paderi iaitu Calvin T Samuel pada Mei lalu.
Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 47, berkata dia mahu menyimpan perkara itu secara peribadi memandangkan statusnya sebagai ibu tunggal selain faktor usia.
Namun, Jaclyn tidak menghalang rakan-rakan artis yang menghadiri majlis resepsinya untuk berkongsi berita gembiran itu di media sosial.
Jaclyn tiada niat sorok perkahwinan daripada umum.
"Bukan saya mahu berahsia tetapi kerana usia saya sudah begini apatah lagi ini bukan perkahwinan pertama saya.
"Biarlah itu menjadi perkara peribadi bukan saya tidak mahu berkongsi berita ini dengan semua orang.
"Saya juga tahu malam itu (majlis resepsi) sudah tentu kawan-kawan saya akan muat naik di media sosial (foto). Saya rasa tidak perlu nak dihebohkan, saya memilih untuk menyimpan hal peribadi," katanya kepada mStar.
Jaclyn berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media An Intimate Afternoon with Bunga Citra Lestari di The Imperial Lexis Ballroom, Imperial Lexis, Kuala Lumpur pada petang Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor kembali bergelar isteri, pilih pensyarah sebagai suami
ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn tahu bekas suami kahwin menerusi IG, sempat datang Malaysia jumpa anak-anak
Dalam pada itu, Jaclyn memberitahu dia tertarik dengan suaminya kerana memiliki ciri-ciri seperti tinggi, berkulit gelap dan kacak.
Kata Jaclyn, Calvin juga pandai melayan anak-anaknya dan sentiasa meluangkan masa bersama mereka.
"Saya suka lelaki tall, dark and handsome. Dia seorang yang baik dan tenang.
"Saya suka dia layan anak-anak saya. Dia banyak habiskan masa mereka.
"Hubungan saya dan dia pun tidak rasa kekok. Cara komunikasi kami pun baik," ujarnya.
Biarlah itu menjadi perkara peribadi bukan saya tidak mahu berkongsi berita ini dengan semua orang.
JACLYN VICTOR
PENYANYI
Sementara itu, Calvin yang berasal dari kepulauan Barbados menyifatkan isterinya itu sebagai seorang yang sangat mengagumkan.
“Kami bertemu dua tahun lalu ketika saya cuti di Malaysia.
"Saya menghadiri ke sebuah acara di mana Jaclyn membuat persembahan. Itu adalah kali pertama kami bertemu.
"Saya suka semuanya tentang Jaclyn dan dia adalah seorang yang merendah diri dan dia sangat mengagumkan,” katanya.
Jaclyn berkahwin dengan Samuel pada Mei lalu.
Pada 25 Mei lalu, penyanyi Shila Amzah berkongsi berita gembira mengucapkan tahniah kepada Jac selepas kembali bergelar isteri kepada Calvin.
Majlis perkahwinan itu dilangsungkan di sebuah dewan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Untuk rekod, Jaclyn pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi asal Amerika Syarikat iaitu Shawn Rivera pada Julai 2014, namun bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube