PENYANYI Ara Johari tidak dapat menahan air mata apabila melihat seorang peminat wanita menangis sewaktu dia menyampaikan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain dalam sebuah acara yang berlangsung di Mutiara Rini Park, Johor Bahru semalam.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, dilihat berjalan menghampiri peminat tersebut yang sedang mendukung seorang anak kecil sambil menyanyikan lagu dengan penuh emosi.
Situasi menjadi lebih menyentuh hati apabila peminat itu tidak dapat menahan tangisan, sebelum Ara menggenggam erat tangannya sebagai tanda sokongan.
Sebaik sahaja lagu itu tamat, Ara dilihat sempat bertanyakan kepada wanita berkenaan adakah ditinggalkan hidup atau mati.
Kemudian wanita itu menjawab ditinggalkan ketika hidup dan menyambung pertanyaan adakah kejadian itu baru sahaja berlaku.
Ara cuba tenangkan peminat yang menangis ketika menyampaikan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain.
Dengan penuh sebak wanita itu menjawab ia baru sahaja terjadi kepada dirinya.
Momen yang dikongsikan di Instagram rasmi Hot FM itu meraih pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersentuh dengan ujian yang menimpa wanita tersebut.
"Dengan peluk anaknya… Siapa yang lukakan akak ini?
"Terbaik Ara, sudi genggam tangan akak tu. Bagi kekuatan melalui lagu.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah ‘cium’ tak minta maaf, Ara Johari kesal pemandu Axia kuning lari lepas langgar keretanya
ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari semakin matang layan kerenah netizen, tak mudah melenting kecuali sentuh satu perkara
"Nampak sangat akak tu tanggung sesuatu yang berat dengan pegang anak macam tu. Moga Allah mudahkan urusan kakak ya," tulis beberapa pengikut.
Momen penuh emosi itu nyata menyentuh hati ramai, malah peminat memuji Ara yang turun padang mendekati dan menguatkan semangat wanita tersebut melalui nyanyiannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube