suria

[V] Diusik bakal dapat menantu, Nabil terkejut anak didakwa ada teman lelaki

PELAWAK dan pengacara, Nabil Ahmad terkejut apabila anak sulungnya iaitu Naira Mikayla didakwa sudah mempunyai kekasih hati pada usia yang muda.

Kata Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 39, berkata sejak beberapa hari lalu dia hanya menerima usikan orang ramai yang berseloroh dirinya bakal menerima menantu namun tidak tahu niat gurauan tersebut.

"Saya daripada hari itu orang cakap tahniah dapat menantu hingga buat saya tertanya-tanya. Sekarang baru saya tahu dan tidak tengok lagi video itu," katanya kepada mStar.

Foto mesra anak Nabil bersama rakan lelaki jadi perhatian.

Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 20 Anugerah Meletop Era yang berlangsung di Astro Bukit Jalil pada malam Selasa.

Menurut Nabil, dia sentiasa memantau rakan-rakan anaknya malah turut menetapkan syarat dalam penggunaan telefon bimbit kerana ingin mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.

Nabil juga berpendapat anaknya masih terlalu muda untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki walaupun sekadar cinta monyet.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad nafi guna ‘kabel’, tak larang anak teruskan minat sebagai pengacara

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad menangis dalam masjid dapat surat kena gantung tugas, terfikir masa depan anak-anak

Pun begitu, Nabil memberitahu dia sedia maklum anaknya itu berkawan dengan seseorang selepas diberitahu oleh isterinya, Nazirah Ayub namun tidak pasti sejauh mana hubungan tersebut.

"Belum masanya lagi kerana dia baru 13 tahun. Tapi kalau di sekolah nak berkawan saya tak boleh cakap apa.

"Saya pun hanya beri kebenaran penggunaan telefon bimbit hanya Sabtu dan Ahad saja, Isnin hingga Jumaat akan dipegang oleh ibunya," ujarnya.

Berkongsi lanjut, Nabil berkata dia memilih untuk mendidik anak-anak dengan pendekatan yang pernah dibuat oleh arwah bapanya. 

Sebagai penjaga, dia mengakui perlu berhati-hati ketika menegur anak-anak agar tidak menyinggung perasaan mereka sehingga boleh membawa kepada masalah lebih besar.

Saya memilih lembut umpama menarik rambut dalam tepung.

NABIL AHMAD

PELAWAK/PENGACARA

Tambah Nabil lagi, dia juga berkemungkinan akan meminta isterinya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu ini dengan lebih berhemah.

"Saya masih lagi mengekalkan konsep arwah bapa saya yang mana anak perempuan hanya dibenarkan keluar sendiri apabila sudah berkahwin.

"Mereka ini akan lalui proses sama seperti kita yang pernah lalui waktu zaman remaja. Cuma anak sekarang beza dengan dahulu. Jadi saya memilih cara lembut umpama menarik rambut dalam tepung," ujarnya.

Nabil mahu anak sulung jadi contoh pada adik-adik.

Dalam masa yang sama, Nabil turut berkongsi amalan rohani yang diamalkannya untuk melembutkan hati anak-anak. 

Kongsinya, dia mengikuti nasihat ustaz dengan membaca dan menghembuskan Surah Al-Insyirah dan Surah Al-Ikhlas ke arah anak-anak sebelum mereka tidur.

“Ustaz saya kata, anak-anak ini perlu didoakan selalu. Antara surah yang diajar adalah Surah Al-Insyirah dan Al-Ikhlas untuk dilembutkan hati mereka.

Nabil bersama tiga orang anak gadisnya.

"Sebagai ibu bapa proses anak nak membesar itu kita kena lalui, itulah ujian ibu bapa," kongsinya.

Sebelum ini, tular di platform TikTok sebuah video memaparkan Mikayla bersama seorang remaja lelaki dengan aksi mesra sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Malah, ruangan komen video berkenaan turut memperlihatkan mereka saling meluahkan perasaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain