suria

Lama simpan rahsia, Siti Saleha umum hamil anak sulung

Siti Saleha umum kehamilannya menerusi Instagram.

PELAKON Siti Saleha akhirnya berkongsi khabar gembira dirinya kini hamil anak pertama. 

Saleha memaklumkan perkara itu dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. 

“Kami dah lama simpan rahsia,” katanya. 

Saleha dan suami teruja bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka. 

Menerusi hantaran tersebut, dia menunjukan keputusan imbasan kehamilan sambil berpelukan dengan suaminya, Joshua Fitton. 

Dalam ruangan kapsyen, dia sempat berseloroh mahu menjadi seperti suaminya yang berperut buncit.

“Josh banyak makan dan perutnya kembung. Jadi saya mahu sepadankan dengan perut dia,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Netizen dakwa nampak ‘baby bump’ , Siti Saleha belum sedia kongsi berita gembira... Bakal ambil cuti rehat panjang

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji baju nikah Siti Saleha cantik, rupanya rekaan suaminya sendiri

Dalam satu temu bual sebelum ini Saleha memberitahu dia masih belum bersedia berkongsi berita gembira itu. 

Dia bagaimanapun memberitahu akan mengambil tempoh rehat panjang seolah memberi bayangan sedang hamil. 

Saleha dan Joshua bernikah pada Februari lalu. 

Untuk rekod, Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun bercerai.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain