suria

[V] Bella Astillah tak salam dan pandang Sophia Albarakbah, netizen kata suasana atas pentas nampak ‘awkward’... “Yang ini saya kenal sangat”

MOMEN penyanyi dan pelakon Bella Astillah menyampaikan trofi kepada aktres Sophia Albarakbah pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) mencuri perhatian ramai apabila gelagat kedua-dua selebriti itu dilihat penuh kekok dan janggal. 

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dilihat kurang selesa ketika mengumumkan pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat yang dimenangi oleh Sophia.

“Huh… yang ini saya kenal sangat… Sophia,” kata Bella ringkas.

Lebih membuatkan suasana menjadi canggung apabila Bella dilihat tidak bersalaman mahupun memandang wajah Sophia ketika menyerahkan trofi di atas pentas.

Bella dan Syed Saddiq menjadi penyampai anugerah kategori Selebriti Feminin Terhangat.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen mula membuat pelbagai andaian terhadap hubungan mereka yang sememangnya pernah menjadi topik hangat sebelum ini.

“Macam susah Bella nak sebut nama Sophia.

“Lain ya muka dan intonasi Bella sebut nama Sophia, saja nak bagi janggal.

“Sophia dan Bella atas pentas sama! Nampak janggal betul,” tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tetap bawa buku nota walau ke anugerah hiburan, hadir ditemani Bella Astillah dan ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri rampas takhta Khairul Aming… Capai jualan RM1 juta di TikTok dalam masa 2 minit 32 saat, masuk Malaysia Book Of Records

Sebelum ini, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz sekitar Januari 2023.

Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu rumah tangga pasangan itu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 dan disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain