PELAKON dan penyanyi, Daiyan Trisha mencuri perhatian apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Melodi Terhangat (Ultimate Award) pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.
Selain anugerah utama, Daiyan, 32, turut menggondol trofi bagi kategori Selebriti Stailo Terhangat, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara selebriti paling berpengaruh tahun ini.
Pada acara tersebut sebanyak 13 kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian tidak termasuk anugerah khas.
Siti Saleha dinobatkan sebagai Selebriti Ikon Terhangat.
Dalam pada itu, pasangan sensasi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengesahkan status mereka sebagai pasangan kegemaran ramai apabila meraih kemenangan dalam kategori Selebriti Couple Goals Terhangat.
Turut mencuri tumpuan, penyampai radio Hot FM iaitu Keymi diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, sekali gus membawa pulang sebuah kereta Proton X50.
Majlis berprestij itu dikendalikan oleh pengacara, Fikry Ibrahim dan Ain Edruce, manakala sesi Karpet Merah dihoskan Fiza Frizzy bersama Imran Aqil.
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tak salam dan pandang Sophia Albarakbah, netizen kata suasana atas pentas nampak ‘awkward'... "Yang ini saya kenal sangat"
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tetap bawa buku nota walau ke anugerah hiburan, hadir ditemani Bella Astillah dan ibu bapa
Malam penuh gemerlapan itu turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada barisan artis popular tanah air seperti Iman Troye, Ara Johari, Dukes, Mary Grave, Kai Deva, Feminin, Wani Kayrie, Umairah, Sarah Suhairi, De Fam, Fajar Noor, Marsha Milan, Anuar Zain, Ella dan Hael Husaini.
Trofi disampaikan oleh barisan selebriti terkenal seperti Ernie Zakri, Fattah Amin, Siti Hariesa, Hisyam Hamid, Christy Ng, Ceddy Ng, Dolla, De Fam, Syed Saddiq, Bella Astillah, Faizal Hussein, Che Puan Sarimah Ibrahim, Anuar Zain dan Ziana Zain.
Berikut adalah senarai penuh pemenang AMT 2025:
1. Selebriti Drama Sangat Terhangat : Che Puan Sarimah Ibrahim
2. Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat : Khai Bahar
3. Selebriti Trending Terhangat : Cik Epal
4. Selebriti Ikon Terhangat : Siti Saleha
5. Selebriti Viral Terhangat : Datuk Rosyam Nor
6. Selebriti Couple Goals Terhangat : Bella Astillah dan Syed Saddiq
7. Selebriti Maskulin Terhangat : Fattah Amin
8. Selebriti Feminin Terhangat : Sophia Albarakbah
9. Selebriti Stailo Terhangat : Daiyan Trisha
10. Selebriti Newcomer Terhangat : Zarif Ghazzi
11. Tonton Original Terhangat : BRU
12. Anugerah Melodi Terhangat (Ultimate Award) : Daiyan Trisha
13. Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar : Keymi
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube