PERUBAHAN pada penampilan dan wajah pelakon Fathia Latiff sering kali menjadi bualan ramai terutama pengguna media sosial.
Sedar akan perkara itu, Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata hanya dia yang lebih memahami hidupnya.
"Saya tahu penampilan saya telah berubah. Saya tidak sama seperti dahulu.
Fathia terbuka menerima komen orang ramai terhadap penampilannya.
"Orang berbisik-bisik, komen dan menghakimi daripada mereka yang tidak tahu apa yang telah saya lalui," katanya.
Fathia menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Threads miliknya pada Khamis.
Tambah pelakon ini rupa paras bukanlah perkara utama yang harus dipandang dalam diri seseorang.
ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff akui perubahan wajah buat penampilan lebih teruk, ramai dah tak kenal bila berada di luar
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dulu wajah cengkung, kurang yakin diri... Fathia Latiff mengaku ‘buat muka’ untuk nampak lebih cantik
Sebalik Fathia percaya kekuatannya untuk bertahan adalah lebih penting ketika ramai yang cuba menjatuhkannya.
"Saya tidak dilahirkan untuk kekal sama. Semua orang berubah.
"Kecantikan bukan hanya pada wajah yang pernah saya miliki. Ia adalah tentang cara saya bertahan. Saya terus berjalan ketika sekeliling cuba menjatuhkan.
Fathia melakukan rawatan kecantikan wajah.
"Walau tidak lagi cantik di mata orang, saya tetap saya. Itu sudah cukup," luahnya.
Fathia sebelum ini secara terbuka mengakui melakukan rawatan pada wajah untuk menambah keyakinan pada diri.
Namun dia meluahkan rasa kecewa apabila ada yang mengkritik imej baharunya itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube