ANAK kepada pelawak Shuib iaitu Thalita melecur di pipi, mata dan pergelangan tangan akibat terkena minyak panas ketika membantu ibu tirinya, Watie Hanifiah memasak pada malam Rabu.
Berkongsi foto keadaan terkini Thalita, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata sebelum ini dia tidak gemar apabila anak-anak mahu membantu dalam urusan dapur kecuali untuk membersihkan pinggan mangkuk.
Kata Watie, dia terpaksa akur dengan kehendak anak-anak yang suka untuk mencuba sendiri resipi baharu.
"Kejadian malam tadi, anak-anak mummy (panggilan Watie) ni semuanya rajin ke dapur. Semua suka memasak, suka cuba resipi itu ini.
Keadaan tangan Thalita (kiri) selepas terkena minyak panas.
"Tapi sebab inilah yang buat mummy jarang nak bagi anak-anak tolong masak. Paling mummy suruh tolong basuh pinggan saja.
"Kesian anak mummy, dengar Talita meraung mummy pun jadi panik, menggeletar sekali tak tahu nak buat apa dulu,” katanya.
Menurut Watie, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Thalita dan berkongsi tip menghilangkan luka akibat terkena minyak panas.
"Doakan Talita cepat sembuh dan kalau korang ada tip terkena minyak panas, jangan lupa kongsi dengan mummy okay," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu anak tiri panggil ‘woi’, Watie Hanifiah anggap netizen salah faham… “Thalita anak baik, bukan kasar”
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kena paksa berlatih, sekarang Watie pening Thalita tak berhenti menyanyi
Berkongsi lanjut berkenaan reaksi anak tirinya itu selepas terkena minyak panas, Watie memberitahu sikap Thalita seakan-akan sama dengan dirinya.
Kongsi Watie, sekiranya dilanda musibah, dia sentiasa mengingati kesalahan apa yang dilakukan sehingga dia diuji sedemikian.
"Dalam pada dia meraung, menangis mulut dia tak habis-habis tanya Talita ada buat dosa dengan mummy ke?
"Talita ada buat dosa dengan daddy (Shuib), Talita anak baikkan mummy. Kenapa Allah bagi Talita rasa sakit ini mummy. Talita ada sakitkan hati sesiapa ke mummy.
Thalita (kiri) merupakan anak kedua Shuib.
"Bila dengar dia cakap macam tu mummy rasa bab ni sebiji macam perangai mummy," katanya.
Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Thalita merupakan anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Selain Thalita, Shuib juga mempunyai tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 13, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 4 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube