PELAKON Daniel Fong tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak tanpa berbaju dalam sesebuah drama atau filem sekiranya ia selari dengan jalan cerita dan situasi.
Daniel atau Daniel Fong Weng Chuan, 32, ini bukan kali pertama dia tampil dengan babak sedemikian dan menganggap ia sebagai perkara biasa, terutama jika babak itu menggambarkan suasana semula jadi seperti berada di rumah.
“Ini bukan pertama kali saya buka baju dalam drama… mungkin sebab saya ada tubuh yang ‘not bad’.
Daniel selesa tayang badan di televisyen.
"Saya juga muat naik foto tidak berbaju di media sosial saya untuk content fitness,” katanya.
Jelasnya lagi, kebanyakan pengarah yang pernah bekerjasama juga akan bertanya terlebih dahulu sama ada dia selesa atau tidak untuk melakukan babak seperti itu.
“Segelintir pengarah akan tanya okay ke tidak untuk saya bawa babak tu, mereka tak terus beri arahan.
“Saya okay saja, sebab ia bukan untuk menunjuk, tapi lebih kepada nak tunjukkan realiti contohnya macam baru habis mandi, duduk seorang di rumah. Perkara itu biasa,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Rasa ketiak basah terus pakai deodoran, Daniel Fong tak terkesan isu bau badan
ARTIKEL BERKAITAN: Daniel Fong dah pakai deodoran, bukan pelakon lelaki badan berbau
Walaupun bersikap terbuka, Daniel mengakui dirinya mengambil berat tentang penampilan diri agar sentiasa kelihatan bersedia di hadapan kamera.
Malah dia sentiasa menjaga penampilan diri kerana merasakan itu adalah sumber pendapatannya.
“Kadang-kadang kalau terlebih makan, rasa malu juga. Tapi saya memang jaga badan, kalau tak jaga, tiada job lepas ini,” ujarnya.
Daniel sentiasa jaga penampilan diri.
Untuk kekal sihat, Daniel mengamalkan Intermittent Fasting (IF) ketika berada di set penggambaran.
Dia juga tidak terlalu memilih makanan, namun tetap menjaga pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan.
“Biasanya saya tak makan sarapan, makanan pertama saya waktu tengah hari. Saya suka makan di set drama Melayu sebab mereka sediakan buffet, boleh pilih makanan.
“Kalau dekat industri Cina, kami selalu dapat makanan bungkus. Kadang-kadang protein pun tak cukup,” luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!