suria

Berhati-hati tapi bukan cerewet, Aina Abdul cari ilham di kota Jakarta

Aina sentiasa mencari irama baharu dalam setiap lagu ciptaannya.

MAHU tampil segar dalam lagu-lagu akan datang, penyanyi Aina Abdul sentiasa kreatif mencari idea baharu sepanjang proses penggubahan. 

Meskipun memiliki banyak koleksi karya yang belum diterbitkan, namun Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, tidak mahu terus berada di satu tahap selesa dalam kerja seninya. 

"Saya ada satu tabiat yang tidak suka melihat barang lama. Kalau ia ditakdirkan untuk saya, maka ia akan terjadi pada waktu itu. 

Aina tidak mahu karya-karyanya ketinggalan zaman. 

"Namun lagu-lagu lama yang pernah saya hasilkan sebelum ini ada pemanisnya. Cuma saya perlu ubah dengan cara berbeza. Saya takut jika terus berada di takuk lama," katanya kepada mStar. 

Selepas tampil dengan album Imaji Deluxe Edition pada tahun lalu, Aina kini mahu memberi satu kelainan buat peminat. 

Mengakui lebih berhati-hati, katanya setiap hasil kerja juga perlu mengambil masa lama kerana dia sendiri yang mencipta lagu sendiri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama masuk AIM, Aina Abdul raih pencalonan terbanyak 

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul penuhi impian komposer Indonesia, duet lagu ‘Arah Cinta Sejati’ bersama Fadhilah Intan

"Berhati-hati bukan bermaksud cerewet, cuma team saya agak kecil untuk gerakkan pembikinan album. Sebab itu ambil masa agak lama. 

"Ilham juga datang dari satu kepala," ujarnya. 

Aina juga kini sering berulang-alik ke Jakarta, Indonesia bagi mendapat suasana baharu yang boleh merangsang buah fikirkannya. 

Kota Jakarta memberi suasana baharu buat Aina. 

Melihat kota Jakarta sebagai satu destinasi yang cukup menarik, dia juga menjalinkan kerjasama dengan rakan pemuzik di sana untuk garapan idea. 

"Saya boleh dapat ilham yang menarik di Jakarta, bandar itu membantu saya. Namun setiap karya-karya saya masih dilahirkan di Malaysia. 

"Di sana saya ada 'keluarga' yang memberi aura baik untuk menulis. Kami boleh duduk bersama dan saya rasa ia satu perkara sihat. Saya dapat rasakan DNA baru," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain