suria

Asyraf Nasir muncul dengan ‘Cinderella’, dedikasi untuk yang pernah tersisih

Asyraf muncul dengan single berjudul Cinderella.

PENYANYI hip hop, Asyraf Nasir kembali mencuri perhatian dengan single baharu berjudul 'Cinderella' yang mengetengahkan naratif dongeng dalam acuan moden penuh semangat keyakinan diri.

Berbeza daripada kisah klasik, 'Cinderella' versi Asyraf bukan lagi bergantung pada kasut kaca, tetapi menjadi simbol kepada golongan yang sering terpinggir atau digelar sebagai underdog dalam masyarakat.

“Cinderella adalah untuk individu yang pernah rasa terpinggir tetapi tahu di dalam hati mereka mempunyai sesuatu yang istimewa. 

Cinderella kembali berjaya dihasilkan selepas lima tahun.

"Lagu ini tentang keyakinan, menarik semua mata yang memandang dan anda akan menikmati sepuasnya," katanya. 

Menariknya, proses penghasilan lagu ini hanya mengambil masa dua hari untuk disiapkan dan kebanyakan rakaman menggunakan ‘first take’ bagi mengekalkan elemen spontan dan asli.

Sama seperti lagu sebelum ini iaitu Virus, Asyraf kembali bekerjasama dengan penyanyi SonaOne yang memainkan peranan dalam memberi tenaga segar dalam keseluruhan proses kreatif.  

"Dia (SonaOne) tahu bila nak bina ruang dan bila mahu naikkan tenaga dalam lagu ini. Rasa macam main ping pong, saya lempar dia balas dan tiba-tiba lagu ini jadi 'hidup'. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Hip Hop dah trending lebih 40 tahun, baru sekarang diterima baik” - Sonaone

ARTIKEL BERKAITAN: Macam kisah ‘Cinderella’, AG jumpa pemilik sebelah but bola sepak… Rupanya memang ada satu kaki

"Kami tak 'overthink'. Apa yang anda dengar adalah hasil tangkapan babak sebenar. Jujur dalam cara terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, Asyraf memberitahu karya 'Cinderella' ini sebenarnya sudah bermula sebagai demo sejak 2020 dan melodi lagu tersebut kekal melekat dalam fikirannya sehingga kini.

Setelah lima tahun, karya tersebut akhirnya direalisasikan tanpa banyak perubahan besar daripada versi asal.

Asyraf memberi kelainan dalam Cinderella versi hip hop.

"Kami perbaiki adunan muzik, tapi kami kekalkan rasa asal. Saya percayakan KidKenobi (jurutera bunyi) untuk hasil akhir," katanya single itu bergenre hip hop. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain