PELAKON Sophia Albarakbah tampil memberi penjelasan berhubung kritikan netizen terhadap filem lakonannya Abu Si Raksasa, berkenaan penggunaan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) tidak mencapai ekspekstasi penonton.
Kata Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, dia mengakui teknik CGI filem berkenaan masih belum mencapai taraf antarabangsa, namun yakin sekiranya diberikan lebih masa dan peluang, anak tempatan juga mampu menghasilkan karya lebih baik.
"Saya akui teknik CGI filem ini tidak mencapai standard kalau nak dibandingkan dengan filem-filem Hollywood seperti Marvel.
"Bagi saya filem Malaysia belum sampai ke tahap itu tetapi satu hari nanti tak mustahil penggiat seni di luar sana dapat bekerjasama menghasilkan teknik CGI yang lebih baik," katanya kepada mStar.
Antara komen yang diterima di media sosial.
Dalam pada itu, Sophia berpendapat filem Abu Si Raksasa lebih disasarkan untuk tontonan kanak-kanak kerana bakal ditayangkan ketika musim cuti sekolah.
Aktres berkenaan bagaimanapun turut menolak dakwaan kehadirannya sebagai pelakon utama sekadar mahu 'menjual' filem tersebut, namun menyokong usaha anak seni yang mahu menerbitkan karya bergenre sains fiksyen.
"Saya rasa sasaran penonton untuk filem ini adalah kanak-kanak sebab teknik CGI yang digunakan juga lebih kepada seperti kartun dan untuk tontonan pada musim cuti sekolah.
"Filem ini lebih sesuai untuk kanak-kanak, ceritanya juga ringan dan santai, ada juga elemen komedi kerana ia berkisarkan tentang haiwan peliharaan.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah masih trauma, tak berani buka DM di Instagram
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan gila publisiti, Sophia Albarakbah dedah punca buat laporan polis... Tunjuk bukti terima mesej lucah
"Tak timbul isu filem ini sekadar mahu 'menjual' saya tetapi lebih kepada usaha penggiat seni menghasilkan filem sains fiksyen," ujarnya.
Sebelum ini, iklan acah (teaser) filem Abu Si Raksasa menerima pelbagai reaksi netizen di TikTok apabila ramai kurang senang melihat hasil CGI yang digunakan.
Rata-rata berpendapat, filem ini belum layak untuk ditayangkan di pawagam sekiranya hasil akhirnya tidak memuaskan.
Filem ini lebih sesuai untuk kanak-kanak, ceritanya juga ringan dan santai.
SOPHIA ALBARAKBAH
PELAKON
"Tak payah tayang dekat pawagam kot. Muat naik saja di YouTube.
"Macam mana nak sokong karya tempatan kalau diberinya seperti ini. Dah banyak filem berkualiti kita buat sebagai penanda aras, kalau tak capai aras itu tak perlulah tayang," tulis netizen.
Abu Si Raksasa berkisar tentang seekor cicak salamander belaan Zaara (lakonan Sophia) diberi nama Abu yang
bermutasi disebabkan pencemaran bahan kimia daripada pencuci jamban berjenama Roxxccid di sebuah empangan.
Sophia merupakan teraju utama filem Abu Si Raksasa.
Kemudian Zaara dan rakannya iatu Sofiyan (lakonan Jaa) dan Zidan (Zalif) bergabung tenaga demi menyelamatkan
Abu dari serangan pihak berkuasa yang diketuai Kolonel Zamrose dan Kapten Fayyad.
Selain Sophia, Abu Si Raksasa turut dibintangi barisan pelakon seperti Jaa Suzuran, Zalif Sidek, Afieq Shazwan, Maria Farida dan Adam Shahz.
Filem Abu Si Raksasa bakal menemui penonton dan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 11 September ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube