MAJLIS pernikahan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman yang dijadual berlangsung Ahad ini sepatutnya menjadi detik penuh bahagia dan diraikan peminat.
Namun dalam kemeriahan itu masih ada segelintir pihak yang kurang senang dengan berita penyatuan mereka.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan tindakan beberapa pihak dilihat tidak suka melihat orang lain mendirikan rumah tangga.
Rakan sekerja itu membuat pengumuman bakal bernikah hujung minggu ini.
"Fattah dengan Amira nak kahwin 14 September ini. Ada juga yang tak suka. Setahu aku, syaitan iblis je tak suka orang kahwin," tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen tampil membahas isu yang hangat diperkatakan dan bersetuju dengan pandangan tersebut.
"Setuju. Sedih tengok netizen ramai yang busuk hati.
"Betul. Apa yang peliknya mereka kemain benci dengan mereka. Dah la bukan ada pertalian darah, kenal pun tak mungkin, tapi itulah suka-suka je nak kutuk dan benci sesama manusia.
ARTIKEL BERKAITAN: Majlis nikah disiar secara langsung, 10 episod perkenalan Fattah Amin dan Amira Othman hadiah istimewa buat peminat
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia lelaki yang baik” - Amira Othman lega kongsi berita nikah, yakin Fattah Amin pilihan tepat
"Kemudian ada juga yang komen, bukan tak suka mereka kahwin, tapi nanti jangan abaikan nafkah anak. Jangan pula nanti kahwin tiga hingga empat tahun bercerai. Kenapa pula netizen nak aturkan kehidupan orang. Pandailah mereka nak hidup dan uruskan rumah tangga sendiri.
"Sibuk pertikaikan kerja Tuhan begitulah. Ada je tak kena," tulis beberapa komen.
Kelmarin Fattah tampil memberi kejutan kepada Amira dengan pengumuman mereka akan bernikah pada Ahad ini sekali gus menukar status daripada rakan sekerja kepada rakan serumah.
Perkahwinan Fattah dan Fazura hanya mampu bertahan selama tujuh tahun.
Terdahulu, hubungan mesra pasangan sejoli ini mula jadi perhatian selepas mereka bekerjasama dalam muzik video lagu Bila Nak Kahwin nyanyian Amira.
Kemudian, kedua-duanya didapati kerap muncul bersama dalam video siaran langsung menjual produk di TikTok yang menarik perhatian ramai untuk mengikutinya, termasuk dipilih menjadi duta produk berjenama.
Fattah yang berstatus duda pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nur Fazura pada 27 November 2017, namun sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, mereka juga mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 5.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube