suria

“Amira pandai masak” - Fattah Amin

Fattah dan Amira ketika siaran langsung bersama peminat.

PELAKON Fattah Amin mendedahkan isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman mempunyai bakat dalam bidang masakan.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi pengalaman menikmati menu yang pernah dimasak Amira.

Katanya, walaupun hidangan itu kelihatan ringkas, namun air tangan isterinya luar biasa kerana dipenuhi pelbagai jenis makanan laut.

Pasangan itu baru sahaja melangsungkan akad nikah pada 14 September.

"Amira pandai masak. Dia pernah masakkan saya mi segera.

"Walaupun ia hanyalah mi segera, tapi meriah sebab ada sotong, ikan, sayur, telur dan bermacam lagi.

"Kalau dah masak mi segera seperti itu, apatah lagi kalau masak hidangan lain. Maksudnya memang betul tekaan saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amira Othman sedia galas tanggungjawab sebagai ibu tiri... “Saya tiada masalah”

Sementara itu, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, secara peribadi menyifatkan masakan barat sebagai hidangan yang lebih mudah untuk disediakan.

"Saya rasa masakan western yang mudah. Bagi saya, masakan itu lebih straight forward.

"Kalau masakan melayu pun senang, cuma saya lebih suka letak bawang banyak," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain