suria

Selepas dua tahun, Elly Mazlein dikhabarkan bakal undur diri sebagai penyampai Era FM

Timbul gosip mengatakan Elly bakal meninggalkan radio Era FM.

SELEPAS mengejutkan ramai dengan keputusan menarik diri daripada menyertai acara anugerah, selebriti versatil, Elly Mazlein dikhabarkan bakal menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio Era FM.

Menurut sumber, Elly didakwa bakal mengumumkan keputusan itu dalam masa terdekat selepas hampir dua tahun mengendalikan segmen Carta Era 40.

“Ini bukan keputusan mudah buat Elly. Dia sangat sayangkan keluarga Era FM. 

Elly memberi warna baharu dalam dunia penyiaran radio. 

“Saya tidak tahu punca sebenar. Apa saja langkah yang diambil, harapnya ia keputusan terbaik,” kata sumber kepada mStar.

Sepanjang dua tahun bergelar penyampai radio di Era FM, Elly memberi warna baharu dalam dunia penyiaran termasuk aktif turun padang menyantuni masyarakat kurang bernasib baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein undur diri, tak mahu bertanding anugerah... Beri ruang pengacara baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein tak tunggu orang toksik berubah, pilih ‘angkat kaki’ daripada merana

Malah, kehadirannya bersama masyarakat Orang Asli Pos Tohoi di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini turut mendapat perhatian.

“Saya nampak dia sangat komited dengan kerjanya. Saya sendiri peminat setia radio itu dan sering mendengar celotehnya bersama artis undangan.

“Harapnya apa saja keputusan yang bakal dibuat nanti adalah yang terbaik,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain