suria

Dua tahun hidap slip disc, Nasz Sally tidak boleh tertekan.... Nak tunduk pun ada teknik khas

Nasz mahu terus ceria dan gembira.

PELAKON Nasz Sally memberitahu pergerakannya kini sedikit terbatas susulan masalah slip disc yang mula dikesan sejak dua tahun lalu. 

Menurut Nasz atau Nazurah Hanoom Hanafie, 39, segalanya berpunca apabila dia terkena serangan angin ahmar sederhana secara tiba-tiba ketika bangun dari tidur. 

“Waktu tu saya nak bangun tidur tapi langsung tak boleh gerak. Bila buat pemeriksaan, doktor sahkan saya alami slip disc di leher,” katanya kepada mStar.

Pergerakkan Nasz kini terbatas.

Kata Nasz, keadaan itu berpunca daripada kecederaan lama serta rutin harian yang tidak cukup rehat serta aktif terutama semasa bergelar penari sebelum bergelar pelakon.

“Dulu saya aktif menari, masa muda mana fikir semua ni. Tapi sekarang baru rasa kesan dia. Campur pula dengan angkat barang berat dan tak cukup tidur, makin teruk jadinya," kongsinya.

Nasz berkata, walaupun kini keadaannya semakin pulih, dia masih perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan dan tidak boleh melakukan aktiviti berat seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Personaliti ceria Nasz Sally rupanya ada derita, alami penyakit saraf sampai tak boleh bergerak

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang buat lawak tentang badan saya konon tak muat masuk pintu” - Nasz Sally malas layan isu ‘body shaming’

Tambahnya lagi, tekanan emosi turut memberi kesan langsung terhadap keadaan kesihatannya.

“Main boling dah tak boleh, nak tunduk pun kena ada teknik khas. Kalau silap, leher jadi tegang, tekanan naik ke kepala. Memang sakit sangat.

“Saya tak boleh stres sangat kalau emosi terganggu, sakit tu akan datang semula," ujarnya.

Nasz tak mahu fikir mengenai keadaannya.

Pun begitu, Nasz bersyukur kerana masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan terus bekerja, walaupun dengan beberapa batasan.

“Selebihnya saya sihat dan gembira saja cuma pergerakan itu kena jaga. Saya masih buat fisioterapi bila perlu dan elak benda-benda yang boleh trigger semula sakit itu," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain