KONSERT Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi yang dijadualkan berlansung pada 28 November ini akan tetap diteruskan meskipun dua anggota asal kumpulan itu mengumumkan pengunduran diri sebelum ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Rumah Produksi Merah, Datuk Eddy Amir Salim selaku pengajur menegaskan kumpulan Wings telah melakukan persiapan rapi sebelum menjelang tarikh berkenaan.
Malah konsert itu juga pastinya sebagai tanda penghargaan terhadap empat dekad perjalanan seni kumpulan yang menjadi ikon muzik rock Malaysia sejak tahun 1985.
Eddie dan Black umum keluar Wings.
“Ulang tahun ke-40 ini bukan sekadar persembahan, ia adalah satu penghargaan kepada nama Wings yang telah menghiburkan peminat selama empat dekad.
"Kami ingin memastikan setiap penonton membawa pulang kenangan indah bersama lagu-lagu ikonik Wings," katanya dalam satu kenyataan.
Malah dia juga turut mengucapkan penghargaan buat Black yang merupakan pemain dram dan Eddie (bes) yang sebelum ini mengumumkan mereka keluar daripada menganggotai Wings.
ARTIKEL BERKAITAN: Black, Eddie umum keluar Wings
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu perlahankan kerjaya seni, Awie reda Wings ada vokalis baharu
Pihak mereka memaklumkan tiket konsert telah dijual hampir 90 peratus.
Black dan Eddie membuat kejutan apabila mengumumkan secara rasmi keluar daripada band itu berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.
Susulan pengumuman dibuat Black (dram) dan Eddie (bass), Wings kini hanya dianggotai Datuk Awie (vokalis), Syam (gitar) dan Edrie (gitar).
Sementara itu Konsert Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Damansara pada 28 November.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube