PELAKON Amelia Christie berdepan gangguan secara seksual oleh seorang lelaki yang berani menghantar mesej lucah selepas dia berkongsi gambar ketika berada di sebuah pantai.
Meluahkan rasa kesal, Amelia, 25, bagai hilang kata-kata apabila ada yang sanggup berkelakuan sebegitu terhadapnya.
Malah dia juga menganggap perkara itu sesuatu yang cukup memenatkan apabila golongan wanita sering kali berdepan situasi sama.

Antara mesej yang diterima Amelia.
"Bila saya kongsi gambar di pantai, mesti ada lelaki random yang terus fikir dia dapat peluang uji bakat filem 18+. Saya sendiri tak tahu patut ketawa, menangis atau block sahaja.
"Wanita sering berdepan perkara ini. Secara jujurnya ia memenatkan," katanya.
Amelia berkongsi perkara tersebut di akaun Threads miliknya pada Ahad berserta bukti mesej yang diterima selain gambar lelaki berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sudah berhijab, Amelia Christie minta peminat bertenang
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah ‘move on’ selepas berpisah, Amelia Christie tak berminat cari pengganti
Pelakon ini juga menganggap perbuatan tidak senonoh itu mengganggu kebebasan untuk berkongsi di laman sosial.
"Kami cuma nak gunakan media sosial dengan tenang tanpa disambut oleh orang asing yang perangai macam hilang adab sejak tahun 2010," ujarnya.
Selepas Amelia mendedahkan perkara tersebut dia menerima mesej balas daripada lelaki berkenaan yang memohon maaf atas perbuatannya itu.

Individu berkenaan memohon maaf kepada Amelia.
Individu tersebut juga telah menukar gambar profil di laman sosial miliknya dipercayai agar tidak dapat dikesan oleh orang lain.
Pelakon ini dalam masa sama turut memberi peringatan kepada kaum lelaki agar menjaga tutur kata terutama kepada golongan wanita.
"Satu peringatan lembut buat lelaki, bercakap dengan wanita secara hormat akan beri kesan lebih baik," tegasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


