MENYAMBUT ulang tahun kelahiran ke-33, penyanyi Nabila Razali memilih cara lebih bermakna apabila berkongsi rezeki dengan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
Lebih menarik, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali menjadikan angka 33 itu sebagai simbolik jumlah sumbangan yang diagihkan pada 13 November lalu.
"Tanggal 13 November merupakan hari ulang tahun saya. Sempena ulang tahun ke-33, saya nak buat kelainan sedikit. Saya mahu kongsi rezeki kepada 33 keluarga yang memerlukan.

Nabila sendiri hadir menyampaikan sumbangan.
"Saya harap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban keluarga yang menerima," katanya.
Nabila berkongsi perkara itu dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Nabila dilihat turun padang bagi mengedarkan sumbangan di sebuah kawasan perumahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian di Threads jadi perdebatan, Nabila Razali tegur netizen hati tak senang tengok kebaikan orang lain
ARTIKEL BERKAITAN: “Semak balik circle anda” - Nabila Razali terkilan dakwaan rakan pendaki tinggalkan Mustaqqeem di Gunung Liang
Antara sumbangan yang diberikan termasuk beras dan kotak yang mengandungi barangan keperluan asas.
Meluahkan rasa syukur, Nabila memohon doa agar terus dimurahkan rezeki supaya dia dapat berkongsi lebih banyak pada masa akan datang.

Nabila harap dapat terus berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.
"Gembira melihat senyuman yang terukir bila dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. 33 kotak bantuan untuk 33 keluarga, signifikan kepada pertambahan usia saya pada tahun ini.
"Doakan semoga kita semua dipermudahkan urusan. Selitkan nama saya dalam doa supaya masih dapat berkongsi rezeki," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


